Tuesday, May 23, 2017

Pengalaman Interview XVI


Assalamualaikum

Dua minggu lepas cuba apply position Unilever Future Leaders Programme (UFLP) untuk Human Resource. Dalam hati dah agak memang tak layak sebab banyak application process kena go through before hired. UFLP ni adalah salah satu alternatif untuk lepasan ijazah sebagai platform sebelum memulakan kerjaya. UFLP/ management trainee/ graduate program ni memang selalu dijalankan oleh huge company untuk develop future leader. Memang tough dan competitive sangat candidate yang apply.


UFLP ni ada 4 fasa pemilihan:

1. Online Application

Aku applied through Linked In, isi application form macam biasa. Requirement untuk UFLP ni adalah paling kurang degree. Intake bulan September dan program ini adalah program 3 tahun. Korang boleh apply kat sini.


2. Profile Assessment

Lepas isi application form, those yang layak akan dipanggil untuk complete a profile assessment. Profile assessment ni memang enjoy macam main game saja. Ada 12 short online games yang cover in terms of our cognitive, emotional and social traits. Tujuan game ni adalah untuk ukur kita ni fit tak untuk kerja di Unilever dan function apa yang sesuai dengan kita. Masa yang diberi adalah seminggu lepas dapat invitation email for profile assessment. 


3. Digital Interview

Siapa lepas profile assessment akan dipanggil untuk digital interview. Debar juga bila dengar digital interview tapi bukan face to face interview, it is recorded interview. Kita boleh buat anytime anywhere as long as within deadline. Masa yang diberi adalah seminggu lepas dapat invitation email for digital interview. Tip nak jawab soalan nya adalah kena study gila gila pasal Unilever. Aku buat interview ini guna HireVue apps by phone saja, memang efficient dan senang sebab kita boleh praktis interview. Debar jugak nak interview even recorded pun. Soalan ada 4 semua case study dan setiap soalan ada 3/4 sub soalan. Wau memang mencabar. 

Aku nasihatkan better jawab guna laptop atau ipad sebab ada document pdf yang perlu dibuka so lagi better guna laptop nampak jelas sikit. 3 soalan pertama diberi 3 minit setiap soalan untuk baca situation, 1 minit setiap soalan untuk prepare dan 3 minit untuk jawab setiap soalan. Soalan yang ke 4 paling mencabar dan diberi masa 10 minit untuk jawab. Oklah tu tapi aku rasa macam banyak pula masa sebab aku tak tahu nak jawab apa lagi. Jangan risau setiap kali lepas jawab soalan kita boleh view result kita dan kita boleh retake dua kali before submit samada puas hati ke tak. Lepas dah siap jawab semua dah agak dah mesti tak lepas ni dan sejam kemudian dapat emel aku tak lepas ke next stage dan yang paling best dia siap bagitau feedback dan apa skill yang aku kurang. Apa pun pengalaman menarik untuk aku sampai ke tahap ketiga saja.


4. Discovery Centre Day

Ini final stage before final selection include project meeting, short meeting, team meeting and one to one meeting. Aduh lagi tough penilaian nya.

Ok thans for read. Pen off

No comments: