Saturday, June 3, 2017

Dima Restaurant Ara Damansara


Assalamualaikum

Rabu haritu kami berbuka puasa di Restoran Dima Ara Damansara sempena farewell kawan kami sorang ni. Dima ni menghidangkan makanan timur tengah dan memang sedap semuanya. Kami pilih untuk makan disini disebabkan nak makan nasi dam Dima ada menyediakan surau dan toilet. Sangat mudah dan selesa. Lepas makan semua boleh terus solat dan sambung sembang lagi. Restoran kat sini pun santai dan cantik dengan perhiasan timur tengahnya.


Menu



Sebelum tu, kami pre order dulu makanan sebab nak terus buka puasa kan cuma air saja order kat sana. Masa nak order tu tempting juga nak pilih makanan mana sebab tengah lapar kan, takut pula kalau order terlebih dan terkurang pula.

Nasi ada 3 portion samada small, medium and large. Since kami nak rasa setiap jenis nasi so kami pilih medium size with 3 different nasi. Kami ordered Zurbiyan Lamb, Kabsah Lamb and Mandi Chicken. Side dishes pula kami pilih Tabbouleh dan Chicken Aqda. Air cuma air kosong saja 1 jug kongsi 5 orang.



Kabsah Lamb dan Mandi Chicken

Zurbiyan Lamb dan Chicken Aqda

Dalam semua nasi aku paling suka Zurbiyan Lamb sebab nasi lebih berempah dan spicy sikit. Kuah yang disediakan bersama nasi ada 2 jenis, satu macam air asam dan satu lagi macam kari sikit. Kalau korang datang Dima korang kena makan Tabbouleh sebab sedap sangat dan meman sesuai dimakan bersama nasi. Tabbouleh ni salad ada tomato sikit dalam tu. Chicken Aqda pun sedap dengan hirisan ayam yang lembut tu.

Memang sedap semua makanannya dan kita diberi juga kurma untuk berbuka. Kalau siapa peminat middle eastern food, boleh try la ea. 
Thanks for read. Selamat berpuasa ☺

No comments: