Wednesday, June 14, 2017

Puding Roti Berkuah


Assalamualaikum

Weekend lepas balik kampung menyambut ramadhan bersama keluarga tercinta. Lepas tu kakak ajak buat puding roti memandangkan ada 2 buku roti dalam fridge. Biasalah time bulan puasa, kalau beli roti mesti tak termakan rotinya. Aku pernah share resepi puding roti kat sini tapi yang tak berkuah, kali ini nak share puding roti berkuah pula.




Bahan puding

2 buku roti pendek
4 cawan susu segar
4 sudu besar butter
4 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Kismis untuk tabur

Bahan kuah

1 tin susu cair + 1 tin air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecik esen
Secubit garam




Cara cara

1. Potong roti kiub dan susun dalam bekas bakar. Taburkan kismis

2. Dalam satu periuk, panaskan susu, masukkan gula, butter dan esen vanila. Kacau sampai butter cair dan tutup api. Biarkan sejuk baru masukkan telur. (Jangan masuk time panas, nanti telur akan masak)

3. Acuan boleh tuang atas roti yang disusun tadi dan biar roti terendam dan serap sepenuhnya. Tabur kismis.

4. Bakar dalam oven masak pada suhu 180C api atas bawah selama 30-40 minit.

5. Untuk kuah kastard, masukkan semua bahan kuah kastard yang aku tulis kat atas dalam satu periuk, kacau sampai larut. Dah larut barulah masak atas api kacau sehingga kuah agak pekat.

6. Dah siap kuah, boleh terus tuang atas puding roti tadi dan simpan dalam fridge, kalau tak nak pun boleh makan asing dengan kuah.

SIAP!!!

Sedap makan sejuk atau pun panas



Thanks for read. Pen off ☺

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

norhidana miswan said...

sedapnya, klu tgk resepi mudah je... tp naper akak bt sekli tak jd ... pastu takmo cube lg hehehhehe