Thursday, July 27, 2017

Hanbing Korean Dessert First Subang


Assalamualaikum

Setelah hampir 3 minggu kerja di tempat baru so semalam lepak lepas kerja dengan ofismate dulu. So destinasi yang menjadi pilihan kami ialah Hanbing Korean Dessert Cafe dalam First Subang Mall di SS15. Nak pergi sini senang saja just ambil LRT turun di LRT SS15, then jalan kaki 3 minit. Kat area sini banyak mall antaranya Subang Avenue dan Subang Parade. Best lepak sini sebab orang tak ramai sangat.




Siapa peminat Korea bolehla datang sini. Niat nak makan sini sebab nak makan bingsu, bingsu tu macam abc. Alang alang makan main dish sekalilah sebab laparkan baru balik kerja.


Our dinner

Aku sampai sana dalam 7 lebih juga so aku suruh dorang order makan dulu, kawan aku 3 orang ni memang sehati sejiwa, makanan pun order sama iaitu Dakgalbi Yumbox. 


Dakgalbi Yumbox

Aku sampai sampai takkanlah nak order benda yang sama, so aku pun order makan Fried Rice with Cheese Base. Sedap jugak walaupun tak pedas sebab ada seaweed dan cheesenya.


Fried Rice with Cheese Base

Akhirnya lepas makan semua untuk bingsu kami pilih yang dicadangkan oleh semua orang iaitu Blueberry Cheese. Memang tak menyesal dan sedap. Buat pertama kali merasa snowice ni, kami pun share 4 orang rupanya makan benda ni memang tak boleh kongsi sebab sedap sangatt.


Dakgalbi Yumbox : Rm14.80
Fried Rice w Cheese Base : Rm14.80
Blueberry Cheese Snowice : Rm26


Blueberry Cheese Snowice

Patutlah namanya snowice sebab memang macam snow tekstur aisnya sangat halus dan senang nak makan. Rasanya pun sedap ada rasa cheese masam buah bluebery dan manis aiskrim di atasnya. Next time nak try snowice musang king durian, mesti lagi sedap.


Halus sangat ais nya.

Time kami pergi malam tu mostly customer datang just nak makan snowice ini saja sebab memang sedap.
Oklah jangan lupa cuba SnowIce ni ye ☺

3 comments:

norhidana miswan said...

kamu ni mmg peminat makanan korea ye dik... mcm2 jns makanan korea or jepun akak kenal kt blog kamu nih... geram lak nengok snowice time2 tgri panas nih... msti sedap lalu kt tekak time2 nih

Nurzakiah Hanum said...

wow syoknya

acu yuhan said...

Haah kak saya suka mencuba makanan yang tak pernah makan. ☺