Saturday, July 8, 2017

Loud Speaker Kota Damansara


Assalamualaikum

Minggu ni minggu last aku bekerja sebab minggu depan dah start kerja tempat lain. So kami plan nak karoke ramai ramai sebab dah lama kot tak karok, rabu lepas after work terus menuju ke Loud Speaker Karaoke Kota Damansara. First time try karoke ni, besar dan berbaloi pakej sekali dengan heavy meal.

Kami start karok bermula pukul 7 sampai 10 malam, so gilir gilir jugak kami gi solat kat The Strand Mall, dekat saja boleh jalan kaki. Pakej ni seorang bayar Rm29 untuk 3 jam sekali dengan dinner. 



Besar wei bilik

Masuk masuk bilik terus kitorang eksited sebab bilik sangat huge dan paling best mic ada 4 memang cukup sorang satu since kami 4 orang saja. Mic pula wireless memang boleh feeling lebih lebih la time nyanyi tu.




Lepas kami semua dah siap solat maghrib, dalam pukul 8 malam tu kami panggil waiter nak order makanan. Makanan ada western dan local, air pula ada yang special dan yang boleh refill.


Menu

Fish fillet and Chicken Chop

Baked cheesy rice

Makanan dia pun sedap, not badlah. Servis sangat laju tekan button terus waiter sampai.


Skrin besar, senang pilih lagu

Dalam banyak banyak tempat karok pernah aku pergi, bagi aku Loud Speaker karaoke paling best dan berbaloi. Tapi ada jugalah lagu latest yang masih tak ada dalam list tapi ok saja.
Thanks for read. Pen off ☺

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

dah lama saaangat CT x pegi karok.. menarik ni hehe tapi xdak geng nak teman..