Thursday, August 17, 2017

KyoChon Sunway Pyramid


Assalamualaikum

Semalam after work pergi lepak kejap di Sunway Pyramid dengan ofismate dulu. Sebenarnya dah lama kami plan nak gather kat Sunway dari bulan Februari lagi, tapi akhirnya terlaksana juga makan makan di KyoChon Sunway Pyramid. Aku tak pernah makan di Kyochon, sedap rupanya no wonderlah ramai customer sanggup beratur tunggu giliran meja. Nasib baiklah member kami sorang ni memang dah biasa Kyochon so dia dah siap book meja dan order makan. Nak pergi ke Kyochon Sunway Pyramid ni senang saja just ambil LRT turun di stesen USJ 7 then naik BRT turun di Stesen Sunway Lagoon


Lepas tu jalan kaki sikit di laluan pejalan kaki link bridge sampailah ke Sunway Pyramid. First time aku naik BRT, cepat dan selesa. BRT ni bas tapi dia ada laluan dia sendiri yang tak campur dengan vehicle lain, so memang efficient lebih kurang setiap 5 minit adalah bas dia. So dalam pukul 7.20 dah sampai sunway dan solat dulu di Sunway. Surau sunway di LG, kalau ramai boleh pergi surau dalam Aeon sunway. KyoChon ni di LG Sunway Pyramid.




menu

Disebabkan tak pernah merasa Kyochon so aku serahkan sebulatnya dekat member pilih yang mana sedap dan pedas. So kami pilih new menu iaitu: 

Red Pepper Whole Chicken (Full) 25 pcs = RM54
Honey Whole Chicken (Half) 12 pcs = RM31

Bori Cha (Roasted Barley Tea) = RM5.90
Ice Lemon Tea = RM6.40


Red Pepper Chicken sedap

Disebabkan kami mostly memang suka pedas, so memang kami amik ayam pedas full bucket dan rasanya memang pedas berapi nasib baiklah ada ayam honey tu do dapatlah kurang pedas sikit. Ayam honey tu tak manis pon just sedap manis berlemak. Kyochon ni daripada Korea dan signature nya adalah ayam, tapi kalau nak side dishes contoh nasi pon ada. Tapi nasi macam pricey sikit starting harga untuk nasi RM3.90. So better ratah ayam saja pon dah kenyang.


Honey Chicken pon sedap

Air pula kami ambil air yang refillable, kami just ordered 2 air dan kongsi 5 orang so kalau dah habis boleh refill lagi. Roasted barley tea tu rasanya macam nescafe o, oklah.


Bori Cha dan Ice Lemon Tea

boleh main game kejap sementara tunggu member lain sampai

Mula mula before nak makan terfikir juga nak makan guna apa, sinki macam jauh saja. Rupanya KyoChon dah memang provide gloves and wet tissues dekat atas meja, so just pakai gloves. Even pakai gloves pon tangan still berminyak so boleh lap guna wet tissues. Efficient kan. Masa untuk menunggu ayam dimasak biasanya 15 minit sebab KyoChon memang sentiasa ramai dan staff busy, so dekat atas meja dah siap ada mini games crossword untuk hilangkan bosan customer.


lupa nak amik gambar before makan, so terpaksa amik gambar lepas makan. memang messy la. :)

Oklah memang puas hati kami makan sambal gossip gossip semua daripada pukul 8 hingga almost 10pm, lepas tu ambil gambar kenangan, makan icecream McD dan terus aku rushing balik sebab kejar public transport kan last pukul 11.30 malam. Alhamdulillah sempat aku naik dan selamat sampai rumah dalam pukul 11 suku.
Boleh try tau, worth it lah bagi aku. :)

5 comments:

Ann Ishak said...

whole chicken dapat 25 pcs, ok sangat :D

Nurzakiah Hanum said...

wow

Farhana Zukri said...

selalu dengar pasal KyoChon tapi tak sempat nak merasa lagi :)

Asyiqin zambri said...

Hi hello nak tanya. The booking table can be make through call ke?

acu yuhan said...

Yes we booked through call.