Wednesday, August 30, 2017

Ostrich Farm Teluk Kemang


Assalamualaikum

Weekend lepas pergi jalan jalan di Port Dickson since ada kenduri yang perlu dihadiri di Seremban alang alang pergi berjalan sekali sebab aku pon jarang pergi PD. So Jumaat malam tu aku dah bertolak ke rumah kakakku dan esok Sabtu pagi terus kami bertolak dari Rawang ke Seremban. Jammed jugalah sepanjang perjalanan padahal kami keluar dalam pukul 8 lebih, mungkin sebab cuti sekolah semua dan gaji dah masuk kan last week. So dalam pukul 1 kami sampai kenduri kahwin. Lepas pergi kenduri kami terus check in homestay Teluk Kemang, solat solat dulu dan dalam pukul 5 kami keluar berjalan. Since homestay di Teluk Kemang, so kami pergi Ostrich Farm dan Upside Down House sebab dua dua tempat ini memang betul betul dekat dengan homestay. Kami sampai dalam pukul 5.30 petang waktu tu pon orang tak ramai. 




Tiket masuk dewasa RM15 seorang, sepatutnya dalam Ostrich Farm ini ada juga taman dinasour tapi disebabkan kami sampai lewat, so tempat itu dah tutup. Ingat nak naik ostrich tapi rupanya hanya kanak kanak saja yang boleh menunggang burung unta. First time tengok burung unta depan mata ini, tinggi betul ostrich ini kadang kadang kadang takut juga sebab time nak bagi makan sebab kepala dia jenis macam nak mematuk. Hee


makanan binatang RM6

Oh ye kalau nak bagi makan bintang boleh beli makanan binatang yang dijual iaitu daun dan pellet berharga RM6 saja. Itupon tak habis makan sebab binatang kebanyakan dah kenyang. Binatang pertama yang greet kami orang dulu ialah kambing dan biri biri. Kambing dan biri biri makan daun. Kemudian jumpalah dengan Ostrich, tua gila ostrich ini sampai dah tertanggal bulu semua. 




atas burung unta tua bersara, bawah anak burung unta :)



Selain burung unta, ada juga unta, lembu, ayam, angsa, burung dan lain lain. Lepas tu ada ostrich dengan guider dekat tengah tengah tu. So dekat situ kita boleh lihat burung unta dengan lebih jelas, boleh pegang dan bagi makan. Was was juga masa nak bagi makan rupanya tak sakit pon masa nak bagi makan burung unta sebab burung unta yang bebas tu memang dah dilatih jinak berbanding yang dalam sangkar. 


jinak saja ostrich ni

Burung unta ini cerdik tau dia ikut saja aku rupanya sebab aku pegang pellet sebab tu dia ikut sebab nak makan. Baru 11 bulan burung unta ini. 11 bulan dah besar macam ni, kalau 11 tahun lagilah kan.




first time bagi makan arnab :)

Lepas tu jalan jalan lagi sampai jumpa zon arnab kita boleh bagi makan arnab, tapi arnab yang dilepaskan cuma seekor saja. Pelik juga kenapa sekor saja rupanya punya susah nak tangkap arnab bawak masuk dalam kandang balik tau. Arnab tu pula malu malu sombong pula nak makan pellet yang kita bagi.


cafe tapi dah tutup 

Ada juga kedai makan dalam Ostrich Farm tapi dah tutup, ada dijual Satay Ostrich dan Telur Ostrich. Sempatlah kami tengok telur dia, telur dia besar tapi nampak macam fake sebab cantik putih. Kami pon try berdiri atas telur tu, memang kuat telur tu sampai nak makan pon kena gerudi nak pecahkan telurnya. Tapi kalau masa berdiri tu telur tu pecah, kita kena bayar RM30 denda. Telur burung unta ini tak adalah berat sangat, satu telur tu boleh kongsi makan 10 orang. Kalau nak beli boleh RM120 sebiji.




telur ini boleh tahan berat sampai 120 kg tau

Dalam sejam juga kami habiskan masa di Ostrich Farm ini, last last masa nak keluar, kena ikut souvenir shop sebab nak promote barang jualan dan gambar kami yang diambil masa mula mula masuk farm. 1 keping gambar RM25, beli 2 keping free 1 gambar. 


souvenir shop, bawah tu telur ostrich dijadikan lampu hiasan.. kreatif kan
Lepas Ostrich Farm, kami pergi pula Upside Down House, dekat saja dengan Ostrich Farm tapi yang tu next entry ya.

No comments: