Thursday, August 31, 2017

Pantai Teluk Kemang, Rumah Api Tanjung Tuan & Coconut Shake Rm2


Assalamualaikum

Lepas seharian berjalan Sabtu, esoknya Ahad kami pergi Pantai Teluk Kemang, dalam pukul 10 pagi pon orang dah ramai mandi dan naik banana boat. Kalau ikukan nak saja kami sewa kanopi dan naik banana boat tapi masalahnya timing salah. Dah nak balik Ahad tu malas nak tukar baju kalau nak mandi. Sepatutnya kami boleh pergi mandi Sabtu tapi tak apalah maybe next time pula. Dekat saja air pantai tu, turun turun tebing tu dah pantai. Sebenarnya banyak gambar kat pantai ini tapi memory fon aku buat hal habis semua gambar hilang, so just dapat masukkan gambar whats app saja.


Jalan jalan lagi nampak pula ada kuda. Nak menunggang kuda kanak RM5, dewasa RM10 tapi kalau nak ambil gambar atas kuda macam aku ni just bayar RM2 saja. So bergambarlah aku dengan kuda ini.


behave ye kuda



Nak sewa ni Rm10 untuk 15 minit


Lepas bersiar siar di pantai, kami pergi pula destinasi yang jauh sikit iaitu di Rumah Api Tanjung Tuan. Rumah Api ni dah nak ke sempadan Melaka. Mula mula aku ingat rumah api ni just tepi jalan saja, rupanya kena hiking ke puncak baru nampak. Kalau tahu kena hiking dah lama pakai kelengkapan baju dan kasut sesuai tapi oklah sebab jalan tar kan. Tiket nak masuk dalam hutan ini adalah Rm1 seorang saja. 




Daripada pintu pagar bawah sampai ke puncak rumah api dalam 800m lebih kurang 15 minit berjalan. Selain rumah api, korang boleh juga pergi Bukit Batu Putih dalam kawasan yang sama juga tapi belah kanan. Tapi kami tak pergi sebab tak tahu, lepas balik baru tahu. hee


akhirnya dah nak sampai. kalau pergi belah kanan ada jalan sikit akan menuju ke batu putih




akhirnya berjaya samapi di puncak

view dari atas. Pantai Batu putih

Selepas mengeluarkan peluh dan penat mendaki bawah tengah panas, kami terus menuju ke kedai makan Coconut Shake RM2. Senang saja nak cari tepi jalan banner warna merah tulisannya. Memang orang ramai beratur, tapi nasib baik servis cepat dan laju.




Kami makan:

Nasi Ayam RM6
Set Asam Pedas Ikan Kembung RM8
Set Asam Pedas Pari RM9
Set Masak Lemak Ikan Keli RM9
Set Masak Lemak Daging Salai RM8


Minum pula:

Coconut Shake RM2
Cendol RM3


Cendol sedap sangat tak terlalu manis dan tak cair

Bagi aku makanan dia sedap dan oklah, tak adalah kick sangat, biasa biasa saja dan tak pedas pon. Yang penting cepat dan perut kenyang. Coconut Shake pula ok tak sesedap kat Melaka.


kuih koci pon sedap
OK pen off. Selamat menyambut merdeka dan selamat hari raya Aidil Adha :)

1 comment:

norhidana miswan said...

dh pnt jln sana sini manjat sana sini msti lah isi perut... sekali isi perkkkh mcm2 betul