Tuesday, August 8, 2017

Pengalaman Interview XIX


Assalamualaikum


Bulan lepas ada apply untuk jawatan GURU KAFA PAHANG dan minggu lepasnya dapat panggilan dan surat untuk temuduga guru KAFA Pahang pada Isnin lepas di sekolah aku dulu iaitu di Sekolah Menengah Agama Al Ihsan Kuantan. Nasib baik sangat temuduga hari Isnin sebab dapat sambung cuti terus kan. Sepatutnya temuduga hari Selasa di JAIP tapi postpone ke tarikh semalam.


Temuduga bermula pukul 9 pagi tapi dalam 9.30 baru mula interview. Calon kesemua lebih kurang 100 orang tetapi kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan berlangsung serentak temuduga tapi tempat berbeza. Macam aku kumpulan kedua di Bilik Seminar. Lama juga temuduga rupanya turn aku bersambung selepas rehat. So dalam 2.30 petang aku dah masuk dewan temuduga. Panel ada 2 orang dan merupakan pegawai JAIP rasanya. Temuduga memang semua lisan dan ditanya dalam bentuk Feqah, Arab, Al Quran dan Isu Semasa.


Sesi perkenalan


1) Perkenalkan diri

Perkenalkan nama, umur, dan sekarang buat apa


2) Pengalaman mengajar

Aku pernah mengajar dulu di KAFA 2 tahun lepas, so adalah dalam 5 bulan saja pengalaman.


3) Pengalaman belajar

KAFA memang untuk SPM holder, tapi ada saja degree holder yang apply. Tapi memang biasanya panel akan dahulukan SPM/STAM holder.


Feqah


1) Bayangkan awak tengah solat, tiba tiba ada taik cicak yang masih basah jatuh atas telekong awak?

Time ni aku cakaplah yang kalau kita sedar kita memang kena buang sebab benda tu najis. Dalam solat pun kita boleh gerakkan anggota badan tak lebih 3 kali so kita boleh kais najis tu tak lebih 3 kali sampai jatuh najis tu.


2) Macammana pula kalau taik cicak tu masih tak jatuh jatuh?

Erm, yang ini aku cakap selagi boleh memang kena buang tapi kalau tetap tak jatuh nak buat macammana sebab kita dah usaha. Kalau terlebih pergerakan dalam solat dikhuatiri solat terbatal. 


3) Macam mana pula kalau tiba tiba awak tengah sembahyang tiba tiba awak perasan ada tahi kucing.

Aku ingat dah habis bab tahi cicak, rupanya dia bagi contoh tahi kucing pula. Aku pun jawab kalau tahi kucing kat sebelah tempat sujud kita boleh gerakkan kaki kita ke arah tempat yang lebih bersih tak lebih 3 kali as long as kita tak terkena najis itu. 

Tak boleh cakap tau terus berhenti solat sebab itu dah macam give up tak tahu nak jawab apa.


4) Macammana pula kalau kita tengah solat tiba handphone berbunyi, nak angkat ke tak?

Yang ini aku cakaplah kalau aku solat sendiri aku tak akan angkat telefon itu melainkan kalau aku berjemaah aku akan cuba tekan mana mana button handphone supaya akan silent sekejap, yelah takut mengganggu Jemaah lain. 

Jangan cakap terus berhenti solat semata mata nak jawab telefon ye sebab tak ada panggilan sepenting panggilan Ilahi.


Arab


1) Perkenalkan diri dalam Arab.

Dah 7 tahun tinggal Arab memang tak ingat sangat. So aku just perkenalkan nama, umur, asal dan tempat tinggal saja.


2) Apa makan pagi, makan tengahari dan makan malam dalam Bahasa Arab?

Yang ni aku cuma ingat sarapan saja. Makan tengahari dan malam aku tak tahu. Lepas tu panel kata tak sambung Arab ke kat UTM, masalahnya kat UTM tak ada Arab. Lepas tu panel bagi klu untuk makan malam. Makan malam dalam Bahasa Arab sama sebutan dengan solat Isyak. 




Al Quran


1) Baca petikan ayat Al Quran 

Kalau boleh baca, baca. Kalau tak boleh baca biasanya panel akan tanya tajwid. Memang disediakan ayat AlQuran di atas meja.


2) Selalu tak baca Quran?

Kena jujur tahu jawab ini sebab panel boleh tahu samada kita kerap atau tidak baca hanya dengan dengar kita baca Quran


3) Ayat apa yang awak selalu amalkan? Cuba kongsikan bersama

Aku cakaplah selawat syifa’. Lepas tu baca depan dia.


4) Apa lagi doa yang selalu amalkan? Cuba baca

Aku pun cakaplah Mathurat. Lepas tu baca petikan Mathurat depan dia sebab dia nak tahu sama ada kita betul betul tak amalkan doa tu.


Isu Semasa


1) Apa pendapat awak dengan isu Nasab Anak Luar Nikah. Apa kesan terhadap budak itu?

Aku tak pernah pun ambil tahu pasal isu semasa ni nasib baiklah masa duduk menunggi giliran, ada calon yang bincangkan soal ni. 

Ikut pendapat aku, aku memang tak setuju jika anak luar nikah itu berbinti/berbinkan nama ayahnya sebab akan memberi kesan kepada budak tu bila dia besar nanti dan seolah olah menggalakkan hubungan sebelum kahwin. Antara kesan terhadap anak itu adalah dari segi mahram, nak walikan kalau nak kahwin, serta dari segi pembahagian harta (faraid) dan juga lain lain. 


Semua yang aku kongsikan ini semua pendapat aku, tak boleh nak percaya 100 peratus. So kalau nak lagi tepat boleh refer mana mana rujukan.
Thanks for read. Pen Off :)

3 comments:

this ni3za said...

Thanks for your sharing & wish you good luck...

Ann Ishak said...

semoga berjaya, inshaAllah

Misaki PureBlood said...

seriously cakap, yg pasal tahu cicak tu.. memang selalunya tak leh agak or tak sedar O.O

better silent handphone sebelum solat.. tambah2 kalau keluar jalan2 Miskai selalu silent phone XD ehhhh O.O kalau telupa, harap2 kalau bunyi ada org tutup jap XD

anyway wow.. O.o tak mampu eden nak menjawab soalan lagu ni XD aahahahhaa

anyway good luck!!!