Wednesday, September 6, 2017

90 Degrees Cafe & Art Kuantan


Assalamualaikum


Minggu lepas selepas sambutan raya haji, Ahad tu kami adik beradik keluar pergi cuba kedai makan best di area Kuantan. Kebetulan kakak kakakku teringin nak minum caffeein so pergilah google kedai kopi sedap di Kuantan dan akhirnya jumpa 90 Degrees Café & Art yang terletak di Jalan Air Putih Kuantan. Tak perasan pon kedai ni dekat tepi jalan sebab signage nya kecik saja, tapi nasib baik nama Café Koko yang bersebelahan 90 Degrees Café & Art lebih menyerlah. 





Kafe ini lebih kepada western food dan coffee. Ada juga pameran art dekat tingkat atas tapi kami tak naik pon sebab tak tahu.

menu







Dekat bahagian belakang pon ada tempat makan, tapi kami tak pergi belakang pon. Tempat ni sangat sesuai kalau nak buat party ke sebab cantik. Tapi memang kena booking dulu sebab takut penuh kalau nak buat private party.


beverages

Kami ordered:

Caramel Latte = RM13
Hazelnut Latte = RM13
Greentea Chocolate = RM13

Salted Egg Waffle = RM15
BBQ Mushroom Sandwich = RM15
Mash Potato = RM6




Kopi sedap tapi aku pelik kenapa dia letak ice cream atasnya. Aku pesan air Greentea Chocolate pon sedap, rasa pahit pahit green tea dekat air coklat tu. Waffle sedap rangup tapi aku rasa macam mahal saja harga RM15 untuk waffle tu kan. Kami cicah waffle dengan salted egg tapi kalau makan macam tu pon sedap. First time aku makan sandwich mushroom BBQ, sedap juga tapi macam pelik sebab dalam tu ada mustard so macam masam masam sikit. Dalam banyak banyak makanan yang paling sedap bagi aku adalah Mash Potato sebab sangat lembut dan creamy.


waffle




Lepas kami habis makan di 90 Degrees Cafe & Art, terus kami singgah di kedai sebelah iaitu Kafe Koko yang menjual dessert dan kek. Di bawa ni Instagram Kafe ini


Instagram 90 Degrees Cafe & Art Kuantan

Have a nice day :)

3 comments:

Ann Ishak said...

tempat makan agak menarik, boleh cuba nanti ni :D

ai said...

Pernah makan kat sini.. sedap.. best..

Normi Nieza said...

tempat menarik n tgk makanan pun best..:)