Wednesday, September 6, 2017

Koko Chocolate Cafe Kuantan


Assalamualaikum

Lepas kami makan di 90 degrees café, kami terus ke kedai sebelah iaitu KOKO Chocolate Café. Kafe ni memang betul betul sebelah kafe 90 Degrees Cafe Art. Masuk masuk kedai tu rasa macam classic dan vintage sangat sebab kafe tu cantik dengan dekorasi yang menarik. Kami pun beli juga something sweet untuk bawak bekalan. Bagi peminat coklat dan sweet tooth memang patut cuba singgah di café ini. Rupanya baru aku tahu kalau kita nak order menu dekat 90 degrees café pon boleh dari Koko café sebab kebiasaan memang 90 Degrees café akan penuh so sebab tu Koko ambil juga pesanan Kafe sebelah. Kalau aku tahu baik aku makan terus dekat koko, dapat rasa dua dua kafe sekali kan.. heee




aiskrim pon dijual


bunga kertas tu pon dijual

KOKO pon ada menghidangkan spagheti tapi hana certain waktu saja contoh daripada 12 tengahari ke 3 petang. Semua hidangan di KOKO ini adalah homemade, kalau buat sambutan hari lahir kat sini pon best sebab orang tak ramai, tempat pula cantik bergambar.




menu


Vanilla Macaroon = RM4.50
Chocolate Macaroon = RM4.50
Pooh Macaroon = RM5
Milk Cocoa Truffle = RM3.50
Doughnut = RM3.50


tempting sangat tengok

Checkout their Instagram below :




Kalau singgah di jalan Air Putih, jangan lupa singgah ye :)

2 comments:

norhidana miswan said...

waduh2 udahla comel2 sgt mengiurkan,menarik utk di try msk dlm mulut

Misaki PureBlood said...

ape niiiiiiihhh... buat org teringin nak makan.. ahahahahah XD terliur tengok XD ahahahaha... kalau ada singgah insyaALlah nak pergi XD