Monday, September 11, 2017

Loteng Teluk Cempedak Kuantan


Assalamualaikum

Lepas kami pergi makan di Koko, terus kami bergerak menuju ke Teluk Chempedak untuk makan di Loteng. Dah lama sebenarnya nak try makan di sini tapi selalu tertangguh. Loteng ni terletak di atas Starbucks dan 7 eleven. Best lepak di Loteng sebab santai saja suasananya sambal boleh tengok view pantai. Ada 2 pilihan tempat makan samada di tingkat 2 atau tingkat 3. 


Bukan setakat kedainya cantik malah makanan yang disajikan juga agak sedap. Haritu memandangkan kami dah kenyang so kami just pilih something yang light dan kongsi 3 orang. Kakak aku pilih Orange Freeze, aku pilih Mango Cheesecake dan akak aku pilih Mihun Tomyam.






Dekat Loteng sini servis layan diri, mula mula kena order, ambil air dulu. Lepas tu bolehla cari tempat mana mana then bila makanan dah siap kena ambil di kaunter sendiri.


mula mula aku pilih mini bluberry tapi cancel sebab terliur tengok mango cheesecake.


tempat makan di 2nd floor

Tempat makan di level 2 lebih selesa untuk makan berbanding di tingkat 3 sebab tingkat 3 lebih panas sikit dan santai. Kalau nak lepak sembang sembang memang sesuai di level 3 la berbanding level 2.




tempat makan di 3rd floor


Set Orange Freeze + Mihun Tomyam = RM12
Mango Cheesecake = RM8.50


Rupanya baru aku tahu ada harga set, kalau kita beli air saja dalam RM5.90 tapi kalau kita beli sekali dengan makanan dia akan jadi harga set, so lagi jimat dan berbaloi. Aku suka sangat bentuk mango cheesecake yang bulat ni berbanding slices tu sebab bulat lagi nampak cantik dan unik.




sedap sangat kek dia. air oren tu pon memang refreshing

mihun tomyam pon ok tapi boleh tahu dia cume letak kiub tomyam heee


view pantai



Thanks for read.Pen off :)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa

norhidana miswan said...

kalau naik tangga tuh tak tinggi sgt nak la akak naik, kalu tinggi bebeno mmg semput la nk naik hahahha (dsr mls)

tp tgk view nya mmg lawo... puas mata memandang, sayup2 biru je....
tgk makanan pun lahai comeinya kek kecik2 tuh cute sgt