Monday, September 11, 2017

Majlis Aqiqah & Sambutan Hari Lahir


Assalamualaikum

Sabtu lepas kami pergi memenuhi jemputan Majlis Aqiqah dan Hari Lahir anak sepupu kami di Puchong. Majlis bermula pada pukul 10 pagi, masa kami sampai pon orang dah start marhaban, my cousins pon tengah decorate meja harijadi semua. So dalam pukul 12 kami pon menjamu selera dan kemudian diteruskan dengan sambutan birthday ketiga tiga anak sepupuku. Majlis Aqiqah untuk anak yang bongsu yang keempat manakala sambutan hari lahir untuk anak pertama hingga ke tiga.


kad jemputan




goodiebag.. dalam ada doraemon cookies, milo kotak, waffle dan belon


pulut kuning

majlis aqiqah Irdeena Qhamelia.. anak ke 4 

happy birthday qhadeeja (kanan)!!!

Dua kek sepupu tempah dekat secret recipe, cuma hiasan atas tu sepupu yang buat sendiri senang nak ikut tema budak budak. Satu lagi kek buat sendiri, sedap sangat.


kek anak kedua (Imran Qashfee)


kek anak pertama (Irdeena Qhadeeja)


kek anak ketiga (Imran Qhusyairee)

Disamping dapat sambut hari lahir anak sepupu, dapat juga kami jumpa sanak saudara yang mari dari Kedah, dapat bersembang tanya khabar semua. So dalam pukul 3 petang kami bergerak balik memandangkan majlis pon dah beransur habis.


kek semua sedap sangat!!! Alhamdulillah
Thanks for read. Pen off :)