Wednesday, September 27, 2017

Mushroom Soup dan Garlic bread


Assalamualaikum

Minggu lepas balik rumah belajar buat Garlic Bread dan Mushroom Soup dengan kakak. Rupanya senang saja buat Mushroom Soup dan Garlic bread ni. Kami buat juadah ni pon memandangkan dekat rumah banyak leftover roti, so better buatkan daripada tak makan langsung roti tu.




Bahan Bahan Mushroom Soup (untuk 10 orang makan)


1 cawan air
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ayam
3 kotak kecik susu
Garam gula
1 tin cendawan butang
1 sudu daun parsley kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Marjerin/Butter
1 sudu lada hitam




Cara buat Mushroom Soup


1) Masukkan 2 sudu butter, cairkan dan bawang putih dan merah yang dah dicincang halus

2, 3) Tumis sampai garing. Masukkan ½ tin cendawan butang yang dihiris halus dan tepung gandum

4) Masukkan air dan susu, masukkan kiub ayam. Masukkan daun parsley. Kacau sebati tutup api dan masukkan adunan dalam mesin pengisar dan blend. (Kalau tak nak blend pon tak apa, tapi semua bahan bahan tadi memang kena cincang halus halus) Blend sebab nak bagi tekstur sup ni lebih pekat dan likat.

5) Dah siap blender, masukkan balik dalam periuk dan masukkan sos lada hitam. (Kalau tak ada sos lada hitam pon tak apa, boleh masukkan serbuk lada hitam saja) Sos lada hitam ini pon lebihan buat yang dulu.

6) Last sekali, perasakan dengan garam gula dan masukkan lebihan cendawan butang tadi (potong cincang dadu) ke dalam sup. Nak bagi ada rasa chunky mushroom dalam sup barulah sedap kunyah kan. Masak sehingga mendidih dan tutup api tapi make sure kena sentiasa kacau sebab takut sup berkerak.


Bahan Bahan Garlic Bread


Roti gardenia/roti panjang
Daun parsley kering
Bawang putih cincang (ikut suka berapa)




Cara buat Garlic Bread


Masukkan 3 sudu butter/planta, masukkan bawang putih yang dicincang halus dan sedikit daun parsley. Kacau sebati dan sapu ke roti. Kemudian panaskan roti atas pan. Memang semerbak sangat bau bila bakar garlic bread ni. Sangat sedap dicicah bersama mushroom soup.


SIAP !!!




cepat saja habis roti ni, memang kena buat banyak roti. 
Thanks for read. Pen Off :)

2 comments:

Juls Julie80 said...

sedappneyrrrrr..lapar plak tgkkk...

Cik Puan Ena said...

Rajinnya buat resepi sendiri.. mesti sedap.. ni mmg feveret anak.. tp ena beli mushroom soup dlm tin jela..xrajin nk tumis.hehe..