Wednesday, September 20, 2017

This is not a Goodbye...


Assalamualaikum

Sekarang ni waktu lunch, so ada masa sikitla nak update majlis perpisahan tempat kerja lama dulu. Dulu aku kerja di area Ara Damansara, lepas tu sekarang ni baru 2 bulan dekat tempat kerja baru di area Bukit Jalil, best juga duduk Bukit Jalil sebab dapat tengok atlet Sukan Sea, lagi satu yang paling best sebab dekat dengan Terminal Bersepadu Selatan, so senanglah nak balik. Kalau dulu dari Ara nak ke TBS 1 jam lebih juga sekarang ni dalam 10 minit dah sampai TBS.


Lepas cuti raya, terus aku start kerja di tempat baru setelah 9 bulan kerja di tempat lama. So hari Jumaat 7 Julai lepas adalah hari terakhir aku dan sempena hari last di tempat kerja, so aku boleh pilih dekat mana aku nak makan lunch. So aku pun pilih nak makan dekat Rakuzen Oasis lagipon dekat saja boleh jalan kaki. After working hours, memang stay lambat sikit sebab banyak hal kena settle nak isi form dulu sebelum pindah kan. Tengah tengah buat kerja tu officemate panggil pergi pantry katanya nak bergambar padahal dah agak nak bagi something la tu, sebab boleh katakan ramai staff resign after raya termasukla aku sebab company tu tengah downsizing, so better cau awal awal kan. ^_^ 




Macam biasalah kalau last day memang kena bagi ucapan semua dan dapatlah kad dan hadiah sikit. Hugging hugging semua, masa last day tu tak rasa sedih pon  tapi bila dekat rumah baca seorang diri kad tu baru rasa sedih dan rindu haha sampai tak sangka air mata tiba tiba mengalir, nasib baik semua housemate dah tidur waktu tu.


Haah lupa nak mention yang dekat company lama dulu, staf semua panggil aku "Emma" rasa macam kekok sangat sebab first time dapat gelaran tu. Biasanya orang yang baru kenal dorang akan panggil first name dulu iaitu "Siti" tapi started daripada kawan aku nilah panggil Emma, so semua orang follow je... susah tau mula mula aku nak biasakan diri dengan nama Emma sebab bila orang panggil Emma, aku buat tak tahu sajalah sebab siapalah Emma tu, rupanya diri sendiri. lololol


daripada Has, Afaaf dan Ayu (my bontots)


Compact powder aku memang dah nak habis, so tahu tahu dorang belikan compact powder. Lipstick ni pula aku suka sangat sebab warna dia cantik, code "Classy" tak over dan tak dull, warna seakan akan red orange. Lipstick ni pon yang paling best tahan sebab matte dan dia ada bau yang sedap iaitu bau candy, so bila kita pakai kita akan rasa macam nak makan lipstick tu. haha


daripada Yoke Wah


Shower Gel and Eau de Toilette ni pula dapat daripada bos aku. Aku bukan jenis yang pakai fragrance selain bau vanilla sebab tak pandai pilih bau lain apa yang sesuai untuk aku. Tapi perfume ni ok sebab bau dia nature macam bau wood and plant. Bila pakai tu rasa macam kita berada di taman sentiasa. haha melampau sangat. Tapi bestla, bosy shop shower gel ni pula aku boleh buat travel kit sebab kecik dan wangi.


daripada Sharon

Dekat office lama dulu, ada Gym so setiap Selasa dan khamis memang aku akan pergi mengeluarkan peluh selepas kerja daripada 5.30 petang sehingga 6.30 petang. Disebabkan aku suka pergi Gym, bos aku pon bagilah Longsleeve Adidas Tshirt, best sangat pakai sebab kain jersey yang memang serap peluh, tapi aku just pakai buat inner sebab baju tu fit sebab saiz S dan baju tu cantik, striking warna coral pink.


Disebabkan aku start kerja tengah bulan Julai, so aku masih stay dekat rumah lama di Ara sehingga akhir bulan 7, memang ulang alik keluar tak nampak matahari, balik pon tak nampak matahari sebab dari Ara nak ke Bukit Jalil dalam 1 jam lebih naik public. Bulan August haritu baru start pindah rumah Bukit Jalil, oklah lebih dekat dan tak penat cuma musim sukan sea nilah macam jammed sikit sebab banyak jalan tutup.


Banyak sangat aku belajar benda baru daripada company lama dulu terutamanya Communication Skill dan memang semua orang akan rasa sedih nak tinggalkan tempat yang penuh dengan kenangan tapi adat bekerja bila dapat peluang lagi ok, better pergi for our career advancement juga kan. 
Ok thanks for read. Selamat menyambut awal Muharram :)

3 comments:

Anonymous said...

Gee singgah jenguk :)

zianaeunos.blogspot.my

Nurzakiah Hanum said...

wow

jida said...

memang sedih bila bertukar kerja ni..tapi begitulah...life must go on..