Monday, October 23, 2017

Profesor Cendol


Assalamualaikum

Semalam sebelum abang aku hantar balik rumah sewa, sempat kami singgah makan cendol untuk menyejukkan badan memandangkan waktu tu matahari dah terpacak atas kepala, memang panas liplap. Jadi abang aku pon mencadangkan makan cendol di Professor Cendol Puncak Alam. Professor Cendol ini yang paling best boleh tambah cendol percuma, makanlah sampai kenyang. Tak silap aku banyak cawangan Professor Cendol, disamping cendol terdapat juga makanan tengahari yang disediakan seperti set nasi dengan asam pedas, masak lemak. Kalau nak makanan yang ringan ringan pon boleh order Laksa, Pasembor, Rojak Buah dan Rojak Petis.




menu

Ingat nak ambil Cendol Durian, tapi adoi mahallah pula Rm12..


sini servis layan diri, order dan bayar dikaunter then amik makanan di station sebelahnya

time kami pergi taklah ramai sangat orang. Servis pon cepat



Kami makan ni saja untuk 3 orang

Cendol Biasa = RM3
Cendol Ais Krim = RM5
Cendol Tapai = RM4
Laksa = RM5
Rojak Pasembor = RM6


laksa sedap, tapi bawang besar tu dipotong besar sangat..

Rojak Peasembor pon sedap siap ada crunchy crunchy tu kat atasnya.

Dekat sini kalau nak tambah percuma maksudnya percuma cendol biasa lah, bukan cendol yang lain lain. Tapi berbaloi lah kan, tapi kami tak tambah pon sebab dah kenyang makan, sebab dah makan dekat rumah tadi. Sedap jugalah cendolnya, standard cendol biasa tak banyak bahan sangat dalam tu tapi boleh hilangkan dahaga dan sejukkan badan. Aku makan laksa, laksa pon sedap juga, mangkuk pon besar memang kenyanglah.
Pen Off. Thanks fro Read. :)

5 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya cendol..:)

nohas said...

dari jauh dah nampak restoran ni..next time boleh singgah..

norhidana miswan said...

musim panas membahang mcmni mmg sesuai kalau dpt mkn cendol, tak kisahla isi nya apa.... jnji ada ais

Julia Tarmidi said...

waaa nampak sedap!musim panas ni kalau dpt makan cendol fuhh

Zie Azi said...

pernah lalu tapi tak pernah singgah.. boleh la try nati