Friday, October 20, 2017

Samyang Double Spicy & Samyang Stew Type Ramen


Assalamualaikum


Sejak Samyang memperkenalkan perisa baharu iaitu Samyang Double Spicy, terus aku start nak mencari di pasaraya pasaraya, tapi hampeh sebab mostly supermarket semua jual paket besar. Memandangkan baru nak cuba, memang nak cuba beli sebungkus saja sebab takut tak termakan, kalau ada yang aku jumpa pon, mesti yang tak ada logo halal. So tak nak lah beli sehinggakan minggu lepas pergi teman kakak beli baju tiba tiba ternampak butik tu ada jual pelbagai jenis Samyang, ada yang Ice, cheese, curry dan yang biasa. Aku pun just grab yang mana belum cuba lagi iaitu Samyang 2X spicy dan Samyang Stew Type.


Sebelum makan, kena baca dulu packaging Sayang Double Spicy ea. Rupanya dia dah siap warning memang pedas Samyang ni siap buat perbandingan lagi tahap kepedasan antara jenis Samyang yang lain. Tahap kepedasan ini dikira subagai SHU.


tahap kepedasan

2X Spicy Hot Chicken Flavour Ramen = 8808 SHU
Hot Chicken Flavour Ramen Stew Type = 4705 SHU
Hot Chicken Flavour Ramen = 4404 SHU
Hot Chicken Flavour Ramen Ice Type = 4404 SHU
Hot Chicken Flavour Ramen Curry = 3810 SHU
Hot Chicken Flavour Ramen Cheese = 2323 SHU


# 2x Spicy Hot Chicken Flavor Ramen



Memang double kepedasannnya berbanding yang biasa tu, masa tengah kacau maggi ni pon dah rasa kepedasan nya melalui bau ramen ni. Satu suap pun dah berjaya mengalirkan air mata aku. Suapan kedua pula terus aku dijangkiti selesema entah dari mana berjangkit tak tahu. Suapan ketiga pula terus aku rasa demam panas satu badan. Tapi seriously bagi aku sedap ramen double spicy ni walaupun pedas tapi tetap boleh habiskan. Nasib baik time tu kakak aku ada susu kotak, so bolehla hilangkan pedas tu dengan minum susu. Tapi last last akak aku juga yang habiskan hee, tapi rasa macam nak try lagi sebab sedap sebenarnya benda ni.


# Hot Chicken Flavour Ramen Stew Type



Samyang Stew Type ni pon dah lama sebenarnya tapi agak susah juga nak jumpa dimana mana mungkin sebab semua orang nak beli kot. Samyang berkuah ni pon sedap dan pedas, kuahnya memang agak pekat tak macam kuah maggi biasa yang cair. Bila aku makan Samyang kuah ni, aku rasa macam makan mi bandung yang pedas. Sedap jugaklah samyang kuah ni. Pedas dia tak sepedas macam samyang biasa, pedas memang pedas tapi pedas yang boleh dimakan.


So far, aku dah cuba semua jenis Hot Chicken Flavour ni bagi aku semua sedap. Boleh baca review aku dekat setiap link dibawah ni:

Samyang Ice & Cheese
Samyang Curry
Samyang Hot Chicken


Disebabkan dah rasa semua jenis Hot Chicken Flavor Ramen ni, so bolehlah nak classkan yang mana yang aku suka based on tekak aku ialah:

1) Hot Chicken Ice Type 
- suka sebab mi lebih halus dan tak berapa pedas sangat sebab rendam dengan air sejuk

2) Hot Chicken Flavor Ramen 
- paling sedap sekali tapi lagi sedap ice type

3) Double Spicy Hot Chicken 
- sedap sampai menangis

4) Hot Chicken Curry 
- sedap, rasa kari jugak sikit

5) Hot Chicken Cheese 
- sedap tapi muak sikit

6) Hot Chicken Stew Type 
- sedap tapi macam tak berapa sesuai berkuah sebab pedas sangat, kembung perut pedas pedas. 

Korang dah try yang mana? Thanks for read, pen off :)

4 comments:

Amanda Suria said...

Anak akak dh sibuk nak double spicy samyang ni...akak nak cari la nanti..haha...ntah dia tahan ntah x sebab yg hot chicken ramen tu dia selamba je makan

Nurzakiah Hanum said...

wow best ke x pernah cuba lagi

Khairun Nisa said...

Setakat skrg prnah try yg ori dgn cheese ja..yg 2× spicy blom pnh try..seram jgk sbnrnya..😅

rosma nabilah said...

sumpah pedas gila..tersalah beli...last skali nak makan ubah sndri..letak carbonara y u spaghetti tu baru boleh makan sbb dah kurang pedas..