Saturday, November 25, 2017

Bake n Flake Kuantan


Assalamualaikum

Tadi keluar kejap nak beli tiket balik KL esok, niat dari rumah memang keluar just nak beli tiket. Tapi niat tinggal niat saja sebab once dah dekat luar confirm akan pergi singgah tempat lain. Ingat nak beli kek dekat depan Nirwana, tapi entah macammana syok sembang dalam kereta boleh pula terlajak. Lepas tu dah terlajak ingat terkubur sajalah nak beli kek, tapi ada pula niat lain datang terus nak makan dekat tempat baru Bake N' Flake.




menu




Cantik juga cafe ni sebab banyak guna woods tapi tak ramai sangat customer. Makanan dekat sini agak murah juga.


lunch kami

Kami makan Mushroom Soup, Garlic Bread, Macaroni Cheese, Mango Cheesecake. Minum pula Mocha Ice Blended dan Latte Hot. Rasa biasa biasa saja, nak kata sedap sangat biasa saja, nak kata tak sedap pon sedap juga sebenarnya. Memang kenyang sangat makan berdua sampaikan terpaksa bawak balik kek dan mocha tu.


Garlic Bread = RM3
Mushroom Soup = RM3.50
Macaroni Cheese = RM8.50
Mango Cheesecake = RM6.90
Mocha Ice Blended = RM5
Latte Hot = RM6


Mocha Ice Blended dan Mango Cheesecake

Aku pesan Mocha, tapi rasa coklat saja, kopi tak rasa sangat. Tapi ok saja nak hilangkan dahaga semua. Garlic bread memang kenyang makan sebab aku rasa roti tu handmade sebab besar dan tebal. Macaroni Cheese pula rasa macam Macaroni Carbonara sebab creamy sangat, mungkin boleh improve dari segi rasa makanannyalah. Mushroom soup sedap tapi agak pekat sikit, tapi still boleh makan. Time kami pergi tu hanya seorang saja pekerja, dialah yang masak dialah yang jaga kaunter. 




Cafe ini ada juga nasi lemak tapi waktu pagi sajalah. Nak tempah kek, buat birthday celebration pon boleh. Harga memang berpatutan



Pen Off. Thanks for read :)

No comments: