Tuesday, November 7, 2017

Chocolate and Coffee Museum, Penang Hill Lily Ice Kacang & Laksa Janggus


Assalamualaikum


Sebelum pergi Penang, kami dah booked hotel di area Georgetown sebab kami 4 orang so takut kalau walk in nanti tak ada bilik pula. Kami awal awal lagi memang nak bilik yang include sekali dengan bathroom disebabkan penang memang banyak hotel bajet yang exclude dengan bathroom kan. So cari punya cari kami jumpa Red Inn Cabana Hotel yang memang cukup untuk kami 4 orang include breakfast dan bathroom dalam bilik. Kami booking online, then dah sampai sana baru bayar bilik. Booking just letak no kad debit saja tapi still boleh bayar masa check in bilik.


Breakfast just a simple breakfast, roti bakar with coffee, oklah juga at least dapat alas perut kan.Yang bestnya hotel ni betul betul sebelah Chocolate & Coffee Museum, so boleh pergi since masuk percuma saja.  Chocolate and coffe museum ini tak adalah banyak sangat pameran, tapi lebih kepada kita boleh merasa setiap coklat dan kopi yang dijual, free testing saja. So kalau nak beli, boleh beli, kalau tak beli pon tak apa. Tapi kami ini penipulah kalau tak beli mesti beli punyalah. Staff staff kat situ pon melayan sangat kami, nak rasa tu boleh, nak rasa ni pon boleh.






banyak sangat jenis coklat dijual tapi agak pricey sikit tapi sedap tau




signboard Laksa Janggus

Chocolate and Coffee Museum ini kami pergi hari kedua. So hari pertama tu selepas kami jalan jalan di Penang 3D Trick Art, Wonderfood Museum, Ghost Museum dan Upside Down House (will update soon) kami pergi memenuhkan perut makan di Laksa Janggus. Kedai Laksa Janggus ni memang di kawasan kampung, banyak rumah rumah dekat situ. Best saja makan Laksa dan ABC sambal melayan suasana kampung sekitarnya. Sedap wei laksanya, orang pon tak ramai sangat. 




Laksa biasa = RM4
Laksa special (mangkuk besar) = RM5
ABC = RM3


Laksa sedap kuah pekat cuma dia tak bagi limau untuk rasa masam. Tapi ok saja makan macam tu.





Lepas makan petang di Laksa Janggus, kami bergerak menuju ke Bukit Bendera. Sebenarnya tak niat pon nak naik Penang Hill sebab dah pernah naik tapi bila fikir Penang Hill Lily Ice Kacang ada kat Penang Hill, terpaksa juga gagahkan kaki naik ke puncak demi Penang Lilly dan rupanya memang berbaloi kami naik sebab sedap sangat Penang Hill Lily Ice Kacang tu. Rasa macam tak puas makan tapi memandangkan kami dah makan laksa tadi so kami just ordered 2 bowl kongsi 4 orang.


Mango Ice = RM8
Chocolate Strawberry Ice = RM14


replika.. nak order tunjuk saja yang mana nak.. dah macam wonderfood museum dah :)




Penang Hill Lily Ice Kacang ni dekat Food Court Penang Hill. Sini self service, order bayar dan ambil makanan. Cepat saja siap makanannya. Mango Ice dan Chocolate Strawberry Ice ni memang sedap, tak manis sangat dan buah pon segar semua. memang patut cubalah kalau datang Penang.


aku paling suka bubble bubble atas tu, ingatnya chewy rupanya gigit dah pecah, rasa masam masam sikit.

OK Thanks for Read. Pen Off :)

3 comments: