Tuesday, November 7, 2017

Pasar Chowrasta, Roti Bakar Hutton Lane, Nasi Kandar Line Clear, Penang Road Famous Teochew Chendul, Rumah P. Ramlee & Nasi 7 Benua


Assalamualaikum



Itinerary kami pergi Penang yang paling best adalah hari pertama kami sampai di sana, disebabkan best tulah aku terpaksa hold dulu post hari pertama sebab banyak benda nak kena bahagikan dan choose the best photo. So skipped the first day and terus update ke hari last kami di Penang. Hari last lepas checkout semua kami terus menuju ke Pasar Chowrasta nak membeli tshirt untuk family tercinta. Banyak rupanya kedai makan best area Pasar Chowrasta ini antaranya:


1) Restoran Nasi Kandar Line Clear

Tapi memandangkan kami datang awal dalam pukul 9.30 pagi dan kedai pon baru buka, so kami pon ingat nak cari kedai makan dekat sebab jalan kaki saja akhirnya jumpa dengan Restoran Nasi Kandar Line Clear. Makan nasi kandar tak ada pon dalam list kami tapi dah alang alang jumpa terus makan nasi kandar pagi tu bersama roti canai. Nasi Kandar kami ambil sepinggan dan kongsi 4 orang.


kedai ini betul betul tepi restoran mamak, restoran ini jauh ke dalam

peria goreng dan Nasi kandar

Nasi Kandar tu kami ambil lauk macam macam antaranya telur sotong, ikan, sayur, peria goreng, dan kuah kari. Kuah karinya memang sedap dan pekat, tiba tiba rasa tak cukup bila kongsi 4 orang haha. 

Harga nasi kandar ini bergantung pada lauk yang kita ambil contoh kami ambil sepinggan ni harga RM22. 


Ingat tau Restoran Nasi Kandar Line Celar ini hanya ada di Pulau Pinang saja dan mempunyai 2 branch!! 

walaupun restoran ini famous, tapi tetap mengekalkan ciri ciri klasik dulu.


2) Penang Road Famous Teochew Chendul

Lepas breakfast di Nasi Kandar Line Clear, kami pon sambung balik shopping baju di Chowrasta dan tanyalah auntie tu kat mana Penang Road Famous Teochew Chendul, rupanya dekat saja jalan kaki memang area Chowrasta juga.






Penang Road Famous Teochew Chendul = RM3.70


3) Roti Bakar Hutton Lane

Hala nak pergi Penang Road Chendul tu, banyak jugalah kedai yang menjual bermacam macam jenis souvenir dan ternampak pula kedai makan Roti Bakar Hutton Lane. Famous tau Roti Bakar Hutton Lane ni, walaupun masih kenyang lagi makan nasi kandar, kami makan juga Roti Bakar bersama Chendul tu. Roti Bakar tu kami beli satu kongsi 4 orang, sedap tau rasa lembut garing dan masin masinnya.



ada juga menu lain seperti roti canai dan nasi



Roti Bakar Hutton Lane = RM3.50


Dah selesai semua, dalam pukul 12 juga kami bergerak pula menuju ke Rumah P. Ramlee, tapi sayangnya rumah P Ramlee tutup pula, so hanya boleh bergambar diluar sahaja.  







Makan tengahari pula kami memang dah plan awal awal nak makan di Nasi 7 Benua. Sampai sampai di sana ramai juga orang beratur tapi berbaloi beratur sebab nasi memang sedap, kenyang dan murah. Nasi 7 benua ini merangkumi nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak pandan, nasi hujan panas, nasi kacang dan nasi lamuni (first time dengar nasi ni). Nasi ini ada pelbagai jenis lauk yang kita boleh pilih, jadi kami pilih sambal ikan bilis, ayam, sotong, telur masin dan lain lain.






Harga nasi 7 benua ini bergantung kepada lauk yang kita ambil:

Nasi 7 Benua dengan Ikan Bilis = RM4
Nasi 7 Benua dengan Ayam = Rm5
Nasi 7 Benua dengan Sotong Kembang (3 keping) = RM9


So kami assume mungkin nasi 7 benua tu saja harga RM3. Sotong dia sedap lembut sangat dan tak liat langsung. Walaupun portion setiap nasi tu kecik kecik tapi tetap rasa kenyang sangat dan sedap. 


beratur sampai ke luar tau.. :)
OK Thanks for Read. Pen Off :)

5 comments:

Delimasari said...

comei2222 nasi 7 benua - mesti best ni

dorsett pink said...

menarik nya

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

- dieyana - said...

syoknya....kite teringin nak g rumah p ramlee tuu ;-))

Ann Ishak said...

nasi 7 benua tu memang buat iolsss mengidam sudah :D