Tuesday, November 7, 2017

Penang Avatar Secret Garden & Kapitan Restaurant


Assalamualaikum

Minggu lepas, akhir bulan Oktober kami adik beradik pergi berjalan jalan di Penang. Dalam sebulan jugalah kami plan nak ke sana dan Alhamdulilah akhirnya tercapai juga hasrat kami berjalan jalan adik beradik perempuan. Kami habiskan masa di sana selama 3 hari 2 malam, so pagi Sabtu tu dalam pukul 4 pagi dah bertolak ke Penang dan Alhamdulillah sampai ke sana dalam pukul 9 pagi. Banyak tempat menarik yang kami pergi sampaikan aku tak tahu nak update yang mana dulu sebab terlalu banyak gambar sampai sampai pinar ponar mata nak pilih mana satu gambar terbaik, last last aku decided nak update tempat yang tak banyak gambar dulu. So rasanya aku update dulu lah trip kami ke Penang Avatar Secret Garden. Avatar Secret Garden ini kami pergi hari kedua tapi update dululah sebab takut tertangguh tangguh.






Penang Secret Avatar Garden ini terletak dalam Tokong, bayaran masuk percuma, parking Rm5, kat situ adalah abang abang yang tolong jaga parking memang friendly dan baik semua. Garden tu terletak di puncak atas sikit. Kami pergi dalam pukul 8 malam dan masa tu hujan dah rintik rintik sikit, cantic tempat tu dengan warna warna dan hiasan yang superb. Kami spent time di sana lebih kurang 45 minit sebab hujan mula lebat, nasib baiklah sampai awal dan tak lebat sangat masa pergi tu. 






pintu masuk Avatar Secret Garden








Tempatnya tak adalah besar sangat tapi sangat memuaskan hati kami. So lepas pergi Avatar tu, kami pergi makan di Kapitan Restaurant.





Kami makan Nan Tandouri Cheese dan Beriyani Tandouri.

Nan Cheese Tandouri = RM12
Beriyani Tandouri = RM9





Ayam dia sedap , sangat juicy dan ok bagi aku, nasi pula sdap lembut semua. Restoran Kapitan ini memang ramai sangat orang, so memang kena sabar menunnggu la
Thanks for read. Pen off :)