Wednesday, November 22, 2017

Penang Street Art & Penang 3D Trick Art Museum


Assalamualaikum


Penang 3D Trick Art Museum dan Penang Street Art ini kali kedua aku pergi, boleh baca di entri sini. Bagi aku kalau dah pergi Penang walaupun dah pergi banyak kali, alang alang pergi sajalah lagi jalan jalan di Penang Street Art sebab free saja masuk kan lagi satu Penang Street Art ini besar, so kalau korang pergi banyak kali pon korang akan jumpa lukisan dinding yang korang tak pernah jumpa. Even ini kali kedua aku pergi tetap aku jumpa art yang baru sebab besar kan tempat ini nak explore. Dulu pergi awal tahun jalan kaki saja, tapi sekarang pergi lagi terus sewa basikal dan bawa topi sebab lagi senang dan tak letih sangat.


depan kedai uncle tu. 


Kami sewa basikal dekat uncle depan ini sebab uncle ini ramah siap tunjuk dekat mana lagi art yang ada. Murah saja sewa basikal cuma RM8 sekali sewa, tak kisah berapa lama nak pakai. Kalau pergi Penang Street Art, benda penting kena buat adalah MAP kena ada, BASIKAL kena sewa, pakai SUNBLOCK, pakai TOPI. Map tu kami dapat kat uncle sewa basikal tu, dia akan bagi.


Betul sebab bila kita dah ada map, kita boleh tahu mana tujuan kita nak pergi lepas ini walaupun di tengah panas sebab dah pakai sunblock kan. Boleh katakan kami memang beli sublock semata mata nak pergi penang. Lagi satu, kalau sewa basikal mudah sikit kalau nak pergi minum kejap ke, mana mana ke tapi kena hati hati lah sebab atas jalan raya sekali dengan bas kereta semua.




comel pulak kucing dua ekor ni bergambar depan gambar kucing





amboi kak teh peluk sapa tu..

kak cik nak pergi mana tu...

Kami 4 orang siap bahagikan tugas lagi, sorang pergi arah north, sorang south, sorang east dan sorang lagi west sebab nak explore art punya pasal. Mudah saja lepas tu kalau jumpa art, sorang kena cop dulu sebab takut nanti kena berebut nak bergambar haha.


siapa boleh eja???????


Sebenarnya sebaik saja kami sampai di Penang, terus kami ke Penang 3D Trick Art Museum memandangkan waktu dah pukul 9 pagi dan Penang 3D Trick Art dah memang buka pukul 9 pagi. Bagus juga sampai awal ni sebab pengunjung tak ramai lagi so bolehlah berdrama sedikit masa nak bergambar semua. Tiket masuk RM15 sahaja. Inipon kali kedua aku pergi Penang 3D Trick Art, boleh baca di sini.


tolong cepat tutup pintu tu!!!

jumpa kawan pula dekat Penang

dapat tengok Panda kat Penang pon jadilah.

cepat lari!!!!!!



lemas dalam pool..

Penang Trick Art Museum ini ada juga penambahan lukisan aku perasan contoh macam swimming pool tu.


bring me to the moon please......


Pen Off. Thanks for Read. have a nice day :)

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

huhuhu bestnya penang

Farah said...

Best nya baca post ni .

Rasa seperti berada di Penang.