Saturday, November 11, 2017

St. Ives Apricot Scrub & St. Ives Green Tea Scrub


Assalamualaikum

Dari zaman sekolah dulu, selalu tengok kawan kawan pakai St Ives Scrub tapi masa tu tak pernah terfikir pula nak cuba sebab budak budak bukan tahu lagi kepentingan jaga kulit dan muka, yang tahu masa zaman sekolah ialah pencuci muka saja. Sekarang ini bila dah besar baru rasa kepentingan menjaga kulit dari dalam, pentingnya membuang sel sel kulit mati di muka untuk penghasilan sel sel yang baru.




1) St Ives Apricot Scrub (Blemish Control)

Cara penggunaan senang saja, sebelum cuci muka dengan pencuci muka, boleh scrub dulu tak perlu tenyeh kuat kuat kulit muka sebab texture scrub ini pon dah berbiji biji yang boleh rub sendiri kulit kita. Tak perlu campur air, just picit dan terus rub gently to your face. Lepas tu biarlah seketika. Paling suka bau apricot yang menyegarkan ni. Lepas tu, baru boleh bilas muka dan cuci muka dengan pencuci muka. Tahap exfoliate untuk apricot ini ialah deep sesuai bagi those yang baru pertama kali cuba.






2) St Ives Green Tea Scrub


Green Tea Scrub ini texture dia lebih halus berbanding apricot scrub, biji biji dia memang halus. Bagi sesiapa yang ada kulit cepat sensitif atau kering better guna Green tea ni sebab tahap exfoliate lebih moderate.





3) St Ives Apricot Scrub (Fresh Skin)

Apa guna kalau muka saja kita jaga tapi badan tak jaga, badan pon kena scrub juga. Untuk badan aku suka beli packaging yang besar punya maklumlah nak scrub satu badan kan. Untuk badan sesuai pilih fresh skin, kalau nak guna untuk muka pon boleh fresh skin ini. Disebabkan kulit badan kita lebih tebal berbanding kulit muka, disarankan pilih tahap exfoliate deep ye sebab nak tenyeh bagi keluar semua daki dan kulit mati tu. Sama saja cara guna, sebelum sabun badan pakai dulu scrub ni, biar sekejap then baru bilas, lepastu sabun badan macam biasa.



Yang penting memang tahan lama tau St Ives ni, berbaloi sangat beli terutamanya orang yang malas nak pergi spa. So baik spa sendiri kat rumah kan. Boleh tahan 2-3 bulan jugalah, memang rasa perbezaanya lepas guna scrub ni kulit makin mulus, dan lembut. Yang penting kena istiqamah pakai sebab rugilah kalau beli tak pakai selalu kan. 

Tak silap aku St Ives sekarang ini ada keluarkan produk baru iaitu Oil Scrub St Ives, packaging pon lagi kecil dan senang dibawa ke mana mana. Oklah next time boleh try. 
Pen Off. Thanks for read :) Have a nice weekend

No comments: