Saturday, November 25, 2017

Upside Down Museum Penang & Ghost Museum Penang


Assalamualaikum

Akhirnya tiba juga di entri last trip kami di Penang bulan lepas iaitu kami pergi Upside Down Museum, tiket masuk Upside Down RM16 seorang. Upside Down ini macam biasa lah dah biasa jumpa kat mana mana kan rumah terbalik ni. Tapi first time kami pergi siap ada sudut menunggu, bayar dulu tiket, ambil nombor dan sila tunggu sehingga nombor anda dipanggil, ramai juga orang tapi nasib baik cepat saja. Nak masuk Upside Down Museum tak boleh pakai kasut, kat luar memang dah disediakan loker letak kasut. Comel sangat hiasan dalam ni, memang real dalam rumah.






Boleh katakan setiap sudut dalam ini kami pergi, memang staff akan tolong ambil gambar sehinggakan kami terpaksa skip bergambar sebab kejar masa semua. Penat juga sebenarnya nak pose macam macam gaya. Tapi best, upside down kalau nak bergambar mesti kena bergambar ramai sebab baru nampak real terbaliknya.




Abracadabra....

Lepas tu, kami pergi Ghost Museum, tiket masuk RM18 seorang. Best juga sebab kita diberi penerangan tentang sejarah hantu dan boleh bergambar. Banyak rupanya spesis hantu di dunia ini. Dalam Ghost Museum ini ada 8 bahagian merangkumi 8 jenis hantu pelbagai di dunia ini iaitu Malaysia, China, Egypt, Pirate, Dracula, Japan, Halloween dan Witch House.


map


1) Hantu Melayu

Mula mula diperkenalkan dengan hantu melayu kita seperti orang minyak, pocong, penanggal, hantu pokok pisang, hantu tanpa muka, dan langsuir.


seram juga bergambar dengan pocong sebelah ini.


2) Hantu China

hantu cina mesti pakai merah punyalah


3) Egypt

jadi firaun kejap :)


4) Pirate

tangan siapa pulak ni!!

Dekat Ghost Museum ini ada toilet juga iaitu terletak di ruang Egypt dan Pirate, toiletnya pon memang nampak scary sebab memang ikut tema hantu tu.


toilet pirate.. gambar google


5) Dracula



tidur jap, malam nanti nak cari mangsa


6) Japan



7) Halloween

pumpkin girls


8) Witch House

nak buat spell apa tu haa...

Yang bestnya staff yang lead kami tu sangat knowledgeable pasal setiap hantu tu. Mula mula ingatnya Ghost Museum ini macam rumah hantu yang penuh saspen yang biasa kita masuk fun fair semua. Takut juga kalau asyik menjerit saja, rupanya memang muzium yang bukan saja kita dapat tengok patung hantu, tapi dapat juga tahu sejarah disebaliknya, tu yang pentingnya kan.
Pen Off. Thanks for Read :)

No comments: