Wednesday, November 8, 2017

Waroeng Penyet NU Sentral


Assalamualaikum

Minggu lepas kawan kami datang KL sebab ada hal, disebabkan bukan senang dia nak turun KL dari Kelantan so kami pakat nak jumpa di NU Sentral memandangkan kami semua naik public transport. Sabtu minggu lepas lepaklah kami 3 orang sampailah pukul 4.30 petang sebelum tu kami isi perut dulu di Waroeng Penyet sebab kawan aku ni dok kata sedap Waroeng Penyet ini. Jadi makanlah kat situ.




Apa yang membezakan Waroeng Penyet dengan restoran Nasi Ayam Penyet yang lain? Semestinya sebab kuah di Waroeng Penyet ini ada banyak jenis dan boleh ambil banyak mana. Aku pun tak sangka Waroeng Penyet ini dah macam Nandos pula ada kuah yang mild, hot, spicy dan salsa. Disebabkan kami kuat pedas so kami ambil Hot dan Sweet sauce. Sengaja tau kami pilih seat betul betul sebelah tempat ambil sos tu.




Memandangkan aku ni orang pantai timur dan dah lama tak makan ikan, so aku pon ambil Lele Penyet manakala kawan aku ambli Ayam Penyet.

Lele Penyet = RM8.90
Ayam Penyet = RM9.90
Nasi putih = RM2
Lemon Ice Tea = RM3.5




Aku pernah makan di restoran nasi ayam penyet lain, tapi seriously aku rasa Waroeng Penyet ni lagi sedap. Even aku just makan tauhu dan tempe pon dah boleh rasa sedap, ikan keli pula lembut manis ikannnya.


keli dia sedap garing.

Aku hamper hampir tak habis makan sebab kenyang sangat, tapi nasib baik juga habis makan sebab sedap sayanglah tak habis kan. Memang sedaplah bagi aku, next time boleh try lagi kot sebab ada banyak jenis lauk selain ayam dan keli antaranya udang penyet, bawal penyet, dan bakso penyet. Selain masakan penyet, ada juga masakan lain seperti grill dan aneka sup.
Siapa yang tak pernah try lagi, boleh cuba ye :)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Hafiz Hafizol said...

memang best ayam penyet kat sini.
lama dah x makan huhu

Amanda Suria said...

Semalam SA baru je makan kat sini ngan kawan- kawan...amik set ayam bakar dia..sedap betul makan sampai lupa diet