Friday, December 29, 2017

Bestnya bercuti di Lexis Port Dickson

Assalamualaikum

Tiba tiba rasa mood nak pergi bercuti tu muncul di akhir akhir tahun ni, rasa macam nak sleepover dekat satu hotel 5 star dan luangkan masa dengan kawan kawan, gossip dan gelak guling guling. Sebab kadang kadang bila kita dah penat bekerja, kita rasa macam malas kerja, nak rehat dan cuti saja kan nak nak akhir tahun ini memang ramai sangat kawan kawan bercuti nak habiskan annual leave katanya tambahan pula cuti sekolah pulak. 


Puas juga aku cari hotel 5 bintang mana yang menepati ciri ciri yang aku suka antaranya dekat dengan pantai (maklumlah orang pantai timur memang tak lari dengan pantai), dapat rasa suasana nyaman dalam masa yang sama bilik tu mestilah besar boleh sumbat 4-5 orang dalam tu. Kebanyakan kawan sepejabat pula bila kita tanya pergi mana bercuti mostly mereka habiskan masa di Lexis Port Dickson. First time tau dengar Lexis Port Dickson ini, google punya google rupanya Lexis PD ini antara 5 star hotel yang famous di Malaysia, aduh kenapalah aku baru tahu nampak sangat dah lama tak pergi bercuti di hotel.




Hotel ini bagi aku agak luar biasa sebab terletak di persekitaran yang selesa, setiap bilik tamu dan chalet air dilengkapi dengan balkoni dan tab mandi. Kesemua resort dibina di pinggir laut yang unik yang menghadap Selat Melaka. Dilengkapi dengan batu tumbang yang diilhamkan oleh Bali, lantai kayu keras tropika dan bilik tidur yang bertingkat, selain itu juga boleh menikmati bilik mandi konsep terbuka dengan panel kaca jernih untuk melihat pemandangan air laut. Ini yang bestnya sebab boleh tengok fish dekat bawah dari dalam bilik kan ala ala macam akuarium pula. 


Kedudukan Lexis PD adalah sangat strategik dan berdekatan dengan tempat tempat menarik iaitu: 

- Thai Odyssey : sesuai bagi sesiap yang ingin mendapatkan urutan badan dengan tenang 
- Pantai Tanjung Gemok : Boleh menjerit sekuat hati di pantai untuk lepaskan tekanan lololo 
- This Wild West Cowboy : Menarik juga ini indoor theme park sesuai untuk yang bekeluarga 
- Alive 3D Art Gallery : Untuk mereka mereka yang sukakan kelainan dan gila gambar 


Tak semestinya kena pergi jauh jauh kan, pergi dekat dekat pon boleh dan lagi best kalau hotel 5 star tu ada private pool sendiri. Memang tiptop lah percutian kita kalau ada private pool tak pon ada bath tub sendiri, boleh berendam lama lama dengan foam yang penuh dalam bathtub sampai kecut kecut jari semua. Best jugakkan dapat pamper diri sendiri, acah acah macam orang kaya kan.




Aku tak sabar sebenarnya nak bercuti di Lexis sebab dah banyak kali buat reseach tentang hotel ini sampai aku rasa aku kena share dengan korang semua cara nak dapatkan harga murah dan berbaloi Lexis PD iaitu dapatkan Lexis Port Dickson Online Deals dan booking hotel korang melalui Traveloka. Memang senang, cepat dan berbaloi sebab aku dah cuba buat, meh sini aku ajar cara nak booking hotel Lexis PD di Traveloka.


1) Cari Hotel



Taip je nama hotel tu, memang banyak akan keluar.


2) Pilih Hotel dan Tempah Hotel



Akan banyak keluar carian jenis jenis hotel dan boleh pilih yang mana suka. Paling best aku suka baca detail bilik dan baca review customer sebab dengan cara itu aku dapat yakin dengan pilihan yang kita buat kan.


3) Isi Maklumat penting



Dah confirm nak bilik mana, boleh terus proceed dan isi maklumat penting seperti nama penuh, no telefon dan email 


4) Pembayaran 




Pembayaran di Traveloka sangat mudah selamat sebab banyak pilihan pembayaran boleh dibuat sama ada kad kredit/kad debit ataupun internet banking pon ada. Aku macam biasa lagi prefer internet banking saja. Pembayaran kena lakukan dalam masa 1 jam.


5) Menerima baucer hotel

Lepas dah buat pembayaran, dalam masa terdekat atau dalam masa sejam juga kita akan dapat baucar hotel melalui email yang diberi. If still tak dapat within 60 minutes, jangan risau customer service Traveloka sentiasa ada 24 hours untuk anda.

Tasabarnya nak bercuti minggu ini sebelum tahun baru next week. Happy new year guys!!!

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnyaaaaaaaaaa

Ann Ishak said...

Lexis PD memang terbaik buat masa ni :D