Monday, December 18, 2017

Exclusive FERDINAND Premiere Invitation at Quill City Mall


Assalamualaikum


2 minggu lepas dapat jemputan untuk tengok movie premiere FERDINAND pada 10 December di GSC Quill City Mall. Movie bermula pada pukul 11 pagi dan kaunter pendaftaran buka pada jam 10.15 pagi, sampai sampai saja dah ramai orang beratur untuk tebus tiket premiere Ferdinand, yelah siapa tak hapy kan dapat tiket free dapat tengok premiere pula tu kan. Sebelum beratur kami dibekalkan dengan kudapan berupa roti dan air. Roti tu sangat comel bentuk tanduk sempena Ferdinand seekor kerbau jantan.




Sepanjang beratur tu ada pameran lukisan Ferdinand yang digantung di area situ di Level 4 bersebelahan Food Junction. Memang cantik sangat lukisan yang dilukis oleh semua peringkat umur ada yang daripada sekecil kecil pelajar sampailah sebesar besar pelajar yang mengambil bahagian. Untuk tengok movie premiere ini kami dapat tiket extra 1 so boleh bawak partner masing masing untuk tengok sekali, so aku bawak sajalah housemate tengok sekali. So movie pon bermula pada pukul 11.30 pagi (sepatutnya 11 pagi tapi tunggu crowd dulu) dan tamat pada pukul 1.15 tengahari. 


memang kreatif sangat lukisan yang dipamerkan



Ferdinand ini mengisahkan Ferdinand seekor kerbau yang sangat sukakan bunga. Ferdinand ini tinggal bersama ayahnya dan beberapa ekor kerbau yang lain di dalam pusat penjagaan kerbau yang digunakan untuk bullfighting. Bullfighting ini kan sangat terkenal di Spain dan movie Ferdinand ini memang berlatar belakangkan Spain. Maknanya setiap bull ini memang dari kecil dilatih untuk berlawan saja kerjanya dan apabila besar barulah bermula pemilihan bull untuk bullfighting nanti. Dari kecil, Ferdinand ini memang bukan hobinya suka berlawan tapi hobinya memang sukakan bunga. Kisah bermula apabila ayah Ferdinand ini dipilih sebagai bull yang akan berlawan dengan manusia untuk bullfighting nanti, so berpisahlah Ferdinand dengan bapaknya dan Ferdinand pon tunggu punya tunggu berbulan bulan tetapi bapaknya tidak lagi muncul kembali selepas perlawanan itu. Dari situlah Ferdinand mula merasakan tidak kena dengan perlawanan bullfighting dan membuat keputusan untuk melarikan diri daripada pusat penjagaan tu. 


Nasib sangat menyebelahi Ferdinand apabila selepas dia melarikan diri daripada pusat tu, dia dijumpai dan dijaga oleh satu keluarga yang sangat baik dan dijaga sehingga Ferdinand membesar menjadi seekor bull yang sangat besar berbanding bull yang lain. Tapi ada satu kejadian yang menyebabkan Ferdinand terpaksa ditangkap dan dihantar pulang ke tempat asalnya iaitu di pusat latihan bullfighting itu dan bermulalah episod Ferdinand cuba untuk selamatkan diri bersama kawan kawannya yang lain. Nak tahu samada Ferdinand berjaya ke tidak selamatkan diri atau tidak kenalah tengok movie ini dan yang paling tak sangka bila Ferdinand juga dipilih untuk bullfighting dan pengakhiran bullfighting itu sangatlah tidak disangka tidak seperti perlawanan bulls yang lain. 


Di akhir episod, movie Ferdinand ini berjaya mengalirkan air mata aku sebab sedih juga tengok bull yang dipaksa untuk berlawan dengan manusia tetapi endingnya madator tu akan bunuh bull itu. Tapi untuk ending Ferdinand, pengakhirannya berbeza seperti pengakhiran bull bull lain. Memang menyentuh hati, dan kelakar sangat tengok gelagat kerbau kerbau ini mengejek kuda kuda disebelah kandangnya. 


Ferdinand Plush Toys dan horn-shaped bread


Selepas tamat movie ini, kami terus redeem hadiah dan dapatlah anak patung Ferdinand yang comel ini. Lepas tu terus menuju ke Restoran Pak Jen untuk makanan tengahari. Pak Jen ini baru sahaja buka di Quill City Mall dan kami bertuah sebab dapat rasa keenakan gulai panas Pak Jen ini. Memang sedap rasa macam makan dekat rumah sebab lauk yang dihidangkan memang malay cuisine. Memang kenyang sangat makan lauk campur dihidangkan pula dengan Teh Tarik. Ferdinand baru saja menemui penonton pada 14 December lalu dan sempena krismas yang akan datang next week ini, Quill City Mall banyak membuat aktiviti menarik setiap hari di Quill City Mall. Boleh tengok semua permainan dan aktiviti sempena UnBULLievable Christmas di website QCM.



memang menjilat jari juadah yang disediakan


Jangan lupa saksikan Ferdinand di pawagam berhampiran anda dan jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Quill City Mall sepanjang Christmas dan New Year ini. 

No comments: