Monday, December 4, 2017

Mee Sotong Hameed Pata & Mee Udang Sungai Dua Medan Selera Sri Tambang


Assalamualaikum

Weekend lepas kami 2 buah keluarga pergi menghadiri kenduri di Parit Buntar Perak. Kenduri hari Sabtu pagi Jumaat tu kami dah gerak pergi Penang nak naik Jambatan kedua Pulau Pinang. Panjang betul jambatan ini siap berlekuk lekuk lagi laluannya. Kami sampai Penang dalam pukul 2 petang terus menuju ke Food Court Padang Kota nak makan Mee Sotong Hameed Pata. Tak lama pon beratur sebab orang tak ramai kot hujan hujan ini. 




Kami pesan 7 mee sotong goreng, 3 mee sotong rebus dan 2 pasembur. Air pula kami minum coconut shake dan abc. Pasembur bagi aku biasa biasa saja rasa sebab kuah tak pekat sangat tapi mee sotong tetap sedap dan rasa sama walaupun tukang masaknya bukan Hameed pata. First time makan mee sotong dulu dengan kawan dalam entri ini, sekarang makan lagi dengan family pula.


Lepas makan Mee Sotong, ingat nak pergi Bukit Bendera tapi Bukit Bendera masih tutup sebab hari tu kan Penang banjir sekejap. Disebabkan tak dapat naik Bukit Bendera kami pon pergi solat dulu. Kemudian ingat nak pergi Chew Jetty tapi hujan tak henti henti so terpaksa patah balik dan terus ke Penanti sebab nak bermalam di sana. Tapi sebelum ke Penanti kami makan malam dulu iaitu makan Mee Udang Sungai Dua di Medan Selera Sri Tambang.




Order di kaunter sebab kita nak pilih udang. So ayah aku pilih dalam 20 ekor udang juga rasanya. Selain udang, ada ketam dan ikan. 






First time makan mee udang ni, memang sedap dan puas hati makan sebab boleh tambah banyak kali. Aku ingat dia just hidang seorang semangkuk tapi rupanya dia sediakan 3 mangkuk besar Mee Udang dan 1 mangkuk kecik Kuey Teow Udang. Memang puas hatilah kami makan 10 orang. Kalau tak nak makan mee udang boleh juga makan nasi goreng udang.




Kuey teow udang bagi aku tak berapa nak sedap sangat mungkin sebab kuey teow dia tak sedap tapi mee udang dia memang sedap cuma tak pedas la. Nak pedas boleh tambah lada jeruk yang mamang ada atas meja. Dalam 3 kali jugak aku menambah sebab sedap dan kenyang sangat malam tu.


mee udang sedap!!

nasi goreng udang pon sedap


air kelapa best banyak isi

si kecik ni pon tak sabar nak makan mee udang. tak pedas pon sebab tu dia boleh makan

Alhamdulillah habis jugak kami makan semua tu total semua sekali untuk 11 orang makan termasuk minuman ialah RM200.




Pagi Sabtu esoknya selepas sarapan semua terus mergerak menuju ke Parit Buntar kenduri kahwin. Cantik sangat pelamin dia, simple just bunga saja tapi dah nampak cantik.


cantiknyalah pelamin
OK Pen off. Thanks for read :)

No comments: