Thursday, December 7, 2017

Sushi Mentai Sri Petaling


Assalamualaikum

Semalam merupakan hari last kawan ofis kami, so kami pon nak buatlah makan sama sama sempena hari last Balqis. Since Balqis ni memang suka Japannesse Food dan memang pandai makan makanan jepun, kawan kami pon suggested restoran Sushi Mentai. First time jugak dengar restoran ini rupanya Sushi Mentai ini banyak branch, yang kami pergi ini di Sri Petaling. Kami pergi dalam pukul 6.45 pm sampai sana kena ambil nombor dulu sebab waiting queue memang ramai tapi sekejap saja tunggu siap disediakan waiting seats dekat luar restoran tu.


siapa yang pandai makan mesti pandai pilih punya

Ini first time aku makan makanan jepun yang boleh pick sendiri nak makan apa sebab selama ini kalau makan makanan jepun mesti orang lain yang tolong pilihkan sebab tak pandai pilih yang mana sedap. Aku just pick yang mana aku rasa tempting haha. Red plate RM2.80, yellow plate Rm1.80. Agak murahkan berbanding Sushi King (padahal Sushi King pon aku tak pernah try). Yang aku tahu makanan Jepun yang aku suka adalah Edamame dan Cawan Mushi.




takoyaki sedap

Untuk main dishes aku tak tahu nak pilih apa so nak selamat dan nak cepat aku just pilih ramen, sedap juga rasa macam Samyang. Selain itu kami ordered takoyaki, sashimi dan miso soup makan dengan steamed rice. Memang kenyang sangat makan lepak sembang lama lama semua siap tak habis lagi tapi jangan risau boleh take away. Dalam pukul 9 jugak kami gerak keluar dari Sushi Mentai sebab Sushi Mentai close pukul 930 malam dan terus bergerak pulang ke rumah masing masing.


Ramen

sashimi pon fresh jugak tau

cawan mushi


Total kami makan 5 orang dalam RM100++, dan yang paling tak sangka aku punya yang paling mahal berbanding yang lain padahal aku tak tahu benda apa tah aku makan. Haha. Sushi Mentai memang sedap, dan berbaloi patutlah pelanggan sentiasa tak putus putus.



OK Pen Off. Thanks for read :)

5 comments:

miszbalqis said...

💕😘

acu yuhan said...

bal!!!!!!!!!!! haha

norhidana miswan said...

wahhh menggoda semua menu, harga pun murah n rasa berbaloi gitu

Sang aura said...

sedap tu..dah lama takmakan sushi.I sushi lover sebenarnya..sejak bkahwin,dah tamau makan.huhuhu..btw,salam kenal ya.

nia khairudin said...

waaa sedapnya sushi tu....