Wednesday, December 20, 2017

Zoo Negara


Assalamualaikum

Minggu lepas aku dan kawanku pergi menghabiskan masa bersama binatang binatang di Zoo Negara. Dah lama kami plan nak ke Zoo Negara dalam sebulan jugalah dan Allhamdulillah terlaksananya minggu lepas. Kenapa Zoo Negara? Sebab dah lama teringin nak pergi sana sebab nak tengok animal show tambahan pula kawan aku ni pon nak pergi jugak sebab nak tengok panda katanya. So pakatlah pergi kami berdua, siap bawak bekalan air banyak, payung, roti sikit, pakai beg galas dan sport shoes sebab dah tahu mesti banyak berjalan dan penat punya. 




Tiket masuk untuk Malaysian RM44 tapi kalau ada kad touch n go atau certain kad yang tertentu boleh dapat diskaun, so kami dapat diskaun dan tiket jatuh kepada RM39.20 seorang. OKlah juga kan, tiket memang dah termasuk melawat panda. 


banyak signboard kat sini, so memang tak akan keliru dan sesat

Masuk masuk zoo terus cari map dulu sebab senang sikit nak plan sebelum bergerak kan. Toilet di Zoo Negara ini memang banyak jangan risau, surau pon ada. First tempat kami pergi Butterfly Farm, dapatlah kenal proses pertukaran rama rama daripada kepompong. Ada jugalah rama rama, tapi tak banyak sangat.


bunga raya ni untuk menarik minat rama rama

Salah satu faktor nak pergi Zoo sebab nak tengok animal show. Animal show cuma ada dua sesi iaitu pukul 11 pagi dan 3 petang. Disebabkan pukul 11.30 pagi baru masuk zoo, so kami tengok animal show pukul 3 petang. Sebelum tu, kami pusing pusing satu zoo dulu. Rupanya tak adalah besar sangat Zoo Negara ini, boleh jalan kakilah. Tram dan buggy ada saja tapi kena bayar la pulak, lagipon kalau naik mesti tak dapat bergambar dengan binatang kan.


banyak sangat spesis haiwan ini, memang jenis duduk statik tak kacau orang


lepas tu jumpa pula dengan rusa yang baru saja kehilangan tanduknya :(

jumpa arnab yang comel

pergi melawat orang utan, tertarik pula dengan fakta mengenai orang utan ini, rupanya orang utan ada 97 peratus persamaan dna dengan manusia

Nak masuk Panda Convention Centre ini bukan main ramai orang, tapi sayangnya panda tidur. Comel saja dua ekor ini tidur. Panda ini ada 2 ekor iaitu Feng Yi (betina) dan Fu Wa (jantan). Rupanya dua dua ekor panda ini pernah dipilih sebagai salah satu Ikon Sukan Olimpik Beijing 2008.


Feng Yi dan Fu Wa

Panda ini pon makan kek tau, siap ada ramuan khusus nak buat kek lagi. Dah macam mooncake kan

amazed dengan ikan warna merah dan biru ini

Selepas tengok ikan, kami pergi solat zohor dulu dan terus ke Animal Show pukul 3 petang tu. Animal Show berakhir pada 3.30 petang, kemudian terus kami tunggu bas dan balik. Terhibur jugalah dengan animal show ini terutamanya dengan gelagat macaws (burung kakak tua), dan sea lion. Cerdik sangat singa laut ini rasa macam nak peluk saja badan dia yang licin tu.




Kami pergi Zoo Negara dengan menaiki public transport saja. Mula mula ambil LRT turun di Wangsa Maju then naik bas nombor 253, memang berhenti betul betul depan Zoo. Balik pula kami naik bas nombor 220 berhenti di Kompleks Pertama, sebab kami nak makan kat Sogo.


Bye Kwang Soo Giraffe!!!
Pen Off. Thanks for read :)

2 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Mmm.... cik panda 🐼 tu dah balik ke negara asal mereka ye...

norhidana miswan said...

akak yg umah dkt ngn zoo negara pun tak penah sampai, ni cuti sekolah lagi lah ramai yg dtg, penuh saja kete klu lalu depan zoo negara tuh...

kalau yg rajin jln mmg berbaloi dtg zoo nih, dh dtg kenr round semua sebab dh bayo tkt mahal kan