Tuesday, January 30, 2018

Akar Kopi Kuantan


Assalamualaikum

Minggu lepas beli barang dapur kejap mak suruh tapi sebelum tu kami singgah minum petang dulu di Akar Kopi Kuantan. Dah lama teringin nak cuba tempat ini tapi baru berkesempatan sebab tertarik dengan konsep cafe ini yang betul betul terletak diantara 2 buah bank dan dikelilingi dengan nature. Waktu operasi cafe ini bermula pukul 5 petang sehingga 3 pagi setiap hari kecuali isnin, dan makanan yang dihidangkan bertemakan minum petang antaranya kopi dan roti. So bagi sesiapa peminat kopi dan roti memang disarankan pergi sini dan juga sesuai untuk lepak.




menu yang dihidangkan. Kalau tak tahu nak makan apa, tunjuk je gambar ini.

Servis disini adalah konsep layan diri, order dan bayar. Kami merupakan pelanggan pertama yang sampai, tepat pukul 5 petang terus kami pergi masuk sebab rushing kan nak pergi tempat lain pulak. Sementara menunggu makanan siap, kami pusing pusing dulu kawasan area kafe ini dan ambil gambar semua. Tempat makan dia banyak di dalam dan diluar so memang tak akan tak ada seat untuk duduk.


tempat basuh tangan dia pon kreatif


Dekorasi sini banyak menggunakan barang terpakai seperti tong, kayu dan sebagainya. Bagi aku ok jugalah dia buka after office hours sebab daripada orang ramai balik kerja stuck atas jalan raya, baik singgah minum kopi dulu sementara nak tunggu jalan tak jem.


sampai kebelakang ada seat



Bila makanan dah siap, staff akan bunyikan loceng dan kita boleh ambil. Kalau makan sini tak habis pon boleh take away sebab konsep sini memang served dalam bekas bertutup. Antara sebab best  lepak sini sebab harga makanan dan minuman sini memang murah dan affordable. Roti paling mahal pun RM6, minuman pula paling mahal pon RM8.




Kami ordered:

Roti Bakar Butter + Kaya = RM3.50
Roti Bakar Sardin + Telur = RM5
Roti Bakar Telur Didih = RM5.50

Kopi Panas = RM3
Kopi Ais Medium = RM5


Roti Bakar dengan butter dan kaya

Roti Bakar Telur Didih 3 suku

Roti Bakar Sardin dan telur

Bagi aku semua roti dia sedap, ada juga yang rasa kurang tapi biasalah standard dengan harga dia yang ok. Tapi bagi aku yang paling sedap roti bakar butter kaya. Kedai ini nama dia Akar Kopi so kopi dia memang rasa lain, bukan rasa kopi yang biasa. Kopi macam ada campuran rasa hazelnut dan sedap bagi aku, sebab aku bukan sweet tooth so kopi nya memang berlemak pahit sikit tapi aku suka sebab boleh telan.
So bolehlah singgah sini bagi sesiapa yang berkesempatan :)

No comments: