Monday, January 22, 2018

Croissant 7 days


Assalamualaikum

Aku tak pernah tahu apa itu croissant sehinggalah aku bekerja dan office aku tu selalu sangat order croissant untuk minum pagi. Dari situlah aku baru mengenal croissant sebab sebelum ini aku panggil semua benda adalah roti. Tapi croissant yang biasa makan dekat office adalah croissant yang ada ham, keju, yang macam sandwiches punya style. Sedap juga croissant ini sebab memang rasa makan sandwiches tapi croissant lagi sedap rotinya.


Sejak 7 days dah keluarkan croissant pertama yang ready to eat, memang terasa juga nak cuba sebab kelainan bagi aku. 7 days juga tak silap aku merupakan company baru yang berkolaborasi dengan munchys untuk keluarkan Croissant 7 days ini dalam 3 perisa dahulu iaitu semestinya coklat, vanila dan karamel. 




Alhamdulillah dah cuba semua perasa croissant ini dan bagi aku memang roti dia sedap dan besar. Dan yang paling penting tarikh luput croissant ini memang lagi lama berbanding roti biasa dan harga berpatutan boleh didapati di pasaran dengan harga RM1.30.


Croissant with Chocolate Flavour

Coklat

Antara semua flavour croissant, bagi aku coklat yang paling sedap. 


Croissant with Vanilla cream flavour

Vanilla

Rasa vanila pon sedap, tapi aku tak berapa suka sangat vanila ini.


Croissant with Caramel flavour

Karamel

Karamel bagi aku sedap juga tak manis sangat, rasa macam butterscotch sikit.


Sebenarnya saja buat review pasal croissant 7 days ini sebab dekat rumah ada banyak roti ini sebab pak saudara beli sebagai buah tangan. Tapi kalau ada croissant perisa peanut butter, maybe aku akan suka peanut butter. Sebab bila aku buat survey croissant 7 days ini, rupanya di negara lain seperti US dah ada banyak dah flavour pelbagai seperti peanut butter, strawberry dan lain lain. 
OK Thanks for read. Pen Off

4 comments:

Raz said...

pernah makan yg chocolate. sedap!

Nafisah Musa said...

slalu je nampak kat kedai. tapi tak pernah cuba lg. sedap ye?

norhidana miswan said...

penah belikan kt aiyan sbb dia suke roti2 yg ada inti tp selalu dia tak abiskan, jd akak ingat tak sedap kot n akak tak penah try heheheh...

tp lps ni akak nk try la lps baca kt review blog ni hehhehe...

ANIS NABILAH said...

absolutely yang coklat tu paling sedap !