Saturday, January 20, 2018

DOFI Donut and Coffee Kuantan


Assalamualaikum

Semalam lepas kerja ajak kakak pergi minum di Akar Kopi, tapi Akar Kopi tak buka lagi padahal sepatutnya waktu operasi buka pukul 4 petang. So tak nak buang masa, kami pon pergi makan di DOFI singkatan daripada Donut & Coffee Kuantan yang baru saja buka awal tahun ini. Kedai dia cantik warna ungu so memang menyerlah daripada luar. Ramai jugalah orang beli time tu nasib baik ada juga seat untuk kami.







ada banyak kombo dengan air, lagi jimat. kami ambil Coffee Combo

Selain donut ada juga kek slices dijual. Bagi aku donut disini sedap cuma berminyak sikit dan comot saja, mungkin boleh improvise memandangkan kedai ini masih baru. Dan kalau boleh better letak nama untuk setiap donut so bolehla orang tahu sikit.


tempting donut nya cuma agak tak kemas dan messy sikit

harga air

Murah dan sedap donut disini. Topping pun banyak memang tak kedekut. Aku paling suka yang kuaci dan badam sebab crunchy. Bagi aku yang tak berapa suka atau susah nak makan adalah yang warna purple tu, sebab atas tu macam susah nak gigit benda kecik kecik tu. Tapi overall semua sedapa saja.


Donut gula biasa : RM1 satu
Donut topping : RM2 satu


Ice Latte pon sedap tapi tak ada syrup nak tambah manis, yang ada gula biasa so nak kacau susah la sebab air sejuk kan.

montel saja semua donut

Caffe ini cantik hiasan nya, cuma kena rushing sikit makan sebab orang ramai kan. Details boleh tengok kat FB DOFI. Semalam lepas makan tak habis, letaklah donut dalam peti dan bila keluarkan donut tu, donut Dofi still lagi lembut, memang patut cuba lah. :)
Thanks for read. Pen Off :)

No comments: