Monday, January 22, 2018

Kek Oreo Viral Kukus 2 Bahan


Assalamualaikum

Akhir tahun lepas memang viral sangat kek coklat kukus yang dibuat daripada 2 bahan saja iaitu biskut oreo dan susu kotak. Dah lama dah aku screenshot resepi tu, baru berkesempatan nak buat. Resepi asal disini menggunakan 2 bungkus oreo besar 137g, tapi masa aku beli groceries dekat kedai tu tak ada pula oreo, so aku grab sahaja cream o. Tapi tak ada pulak cream o besar, so terpaksa ambil cream o yang kecil 65g setiap satu.






Bahan Bahan

1 susu coklat kotak kecil (200 ml)
4 bungkus cream o/oreo kecil (65g satu) / 2 bungkus besar (137g satu)




Cara Cara

1) Sebelum mula, panaskan dulu dapur untuk kukus. Masukkan kesemua biskut dalam blender (pastikan blender tak ada bau bawang atau cili ye)

2) Masukkan susu kotak tadi. Blend sampai hancur dan tuang dalam apa apa bekas. 

3) Dah tuang, bila air kukus dah mendidih bolehlah kukus kek tadi dan tutup, biar sehingga 30 minit atau sehingga masak. 

4) Nak tahu kek dah masak atau tidak, cucuk dengan garfu atau lidi. Kalau still melekat dan basah, maknanya belum masak lagi. Masa kek dah masak tu, memang kek akan naik sikit then lepas dah sejuk dia akan turu semula.


SIAP!!!




Kalau ada extra coklat, boleh buat topping tapi dah sedap dah makan macam tu saja.  Sedap juga rasa moist dan lembut saja. Nak buat pon sangat senang dan cepat serta tak payah basuh banyak perkakas. Bila makan kek ni terus rasa kenyang, sebab kek ni mampat.



Selamat mencuba. Thanks for read :)

3 comments:

LilyRayme Animation said...

oh..macam tu je nampak sedap (^_^)

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah...nikmat ni...PC tak pernah cuba lagi...

Raz said...

menariknya!