Monday, January 15, 2018

Pengalaman Interview XX


Assalamualaikum

Starting daripada akhir bulan lepas memang aku tegar mencari kerja dan pergi interview semula since aku tak dapat kerja tetap lagi memandangkan semua kerja yang aku pernah kerja semuanya kontrak. Selasa lepas dapat panggilan temuduga untuk position HR Master Data di Air Products Shared Services (APSS) di The Horizon Tower Bangsar South pada 11 Januari lepas. Temuduga bermula jam 2 petang dan aku pergi sana menaiki LRT saja, just ambil LRT turun di LRT Kerinchi then ada laluan skybridge menuju ke The Horizon Tower yang terletak bertentangan dengan LRT Kerinchi. Fuh, walaupun dah memang ada laluan, it was still a long way to walk especially bagi sesiapa yang tak biasa jalan tu. Cantik rupanya persekitaran The Horizon Tower ini sebab macam bangunan dalam taman dengan fountain nya. 

Aku sampai dalam 1.15 tengahari dan pergi Zohor dulu tumpang kejap bilik meeting company tu. Staff disitu baik sangat even stranger macam aku ni pon dia benarkan aku solat dalam ofis since di situ tak ada surau. Aku pulak yang rasa macam serba salah tapi tak dan nak tanya nama staff tu sebab rushing. Aku ditemuduga oleh 2 orang panel dan soalan bagi aku memang tough dan sejam juga aku kena brainstorm dalam bilik tu. Dahla aku tak dan nak lunch, lepas tu tak dapat nak bagi jawapan yang meyakinkan serta tak dapat nak digest soalan sebab terlalu lapar dan penat. Antara soalan yang ditanya


1) Tell me about yourself?

2) What do you in your current job?

3) How do you find your job now?

4) What is your strength & weaknesses?

5) If you have to lead a team, what criteria that you emphasize in selecting your teammates?

-strength and weaknesses each person
-level of relationship of each person
-diversity of race/gender/religion


6) Lets say someone ask you to do his/her job, are you willing to do it?

Yang penting bagi aku kalau ada orang mintak tolong kita, aku akan suruh orang tu tanya dulu keizinan bos aku supaya bos tahu yang aku buat kerja lain selain kerja aku. Dan bila bos aku bagi green light, aku akan utamakan kerja aku dulu.


7) How you handle your resistance if your colleague ask for your help?

Soalan ini aku down sikit nak jawab sebab I am a person who hardly to say no when someone asks for help (of course with my boss permission) aku jarang tolak kerja orang sebab aku jenis cepat siap kerja, kemudian bila kerja siap aku suka sibukkan diri aku dengan kerja lain. Lagi satu aku suka kerja yang pelbagai sebab jenis yang cepat bosan bila kerja yang sama. Tulah kelemahan aku.


8) Have you made any mistakes in key in the data? How you notified and handle it?

9) Are you confident to stand up your opinions in dealing with others?

APSS ialah Multi National Company (MNC) so memang banyak handle employees dari pelbagai negara thats why she asked this questions.


10) Can you explain briefly each of the job description that you wrote in the resume?

Setiap point yang aku tulis dalam resume memang kena explain satu satu so berhati hatilah dengan apa yang kita tulis.


See!! I told you, please bear in the mind the first point ok.

Bagi aku position ini lebih kurang sama dengan position yang aku kerja iaitu banyak guna database yang beza cuma system yang digunakan lain, job scope pon lain tapi still benda yang sama. APSS ialah MNC dan sebab itulah soalan agak sukar dan aku siap nampak panel pegang booklet competency questions for HR Master Data position. Apa yang dapat aku simpulkan daripada temuduga ini ialah make sure makan something before interview session sebab nanti tak ada tenaga nak perah otak dan sepanjang temuduga aku shaking dan nervous, sebab apa? please refer to the point number 1. Dalam kes aku ni, nasib baik aku dah makan roti pagi itu tapi tak dan nak makan tengahari even dah ada bekal roti dalam beg sebab tak ada tempat yang aku boleh rest kejap.
Thanks for Read. Wish me luck :) and Happy New Year 

No comments: