Saturday, February 10, 2018

RECIPES : Kuih Ketayap


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama dah mak nak buat Kuih Ketayap memandangkan mak dah masak inti kelapa tu, tapi baru berkesempatan dapat buat semalam. Inti kelapa manis ini boleh buat banyak kuih antaranya ketayap, pau kelapa dan kuih tepung bungkus. Memang sedap dan pelbagai. Senang saja buat ketayap ini macam buat lempeng dan durian crepe tapi versi kulitnya lebih nipis dan lembut.




Bahan Bahan Inti:

1 biji kelapa (parut)
1 cawan gula merah (ikut manis masing2)
1 cawan air
1 helai daun pandan




Cara Cara

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan agak pekat. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.


Bahan Bahan kulit ketayap:

2 cawan tepung gandum
5 atau lebih helai daun pandan
Secubit garam
1 cawan susu cair
2 biji telur




Cara Cara

1) Potong daun pandan kecik kecik, masukkan dalam blender serta air sikit dan blend. Tapis daun pandan tadi. Air daun pandan, tak berapa nak hijau sangat. Nak lebih hijau boleh masukkan pewarna hijau. Tapi kami tak masukkan pewarna sebab tak ada.

2) Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, garam, telur, susu cair dan air pandan tadi. Kacau sehingga larut dan tak likat.

3) Panaskan pan, sapu pan dengan butter untuk elakkan lekat. Tuang satu setengah senduk ke dalam pan, dan lenggangkan pan supaya acuan tadi nipis dan rata, bagi nampak bulat. Sekejap saja kulit tu masak tunggu sedikit garing baru angkat tak perlu nak terbalikkan, just masak bawah saja.

Kalau rasa kulit ketayap agak tebal, boleh tambah sikit air dalam acuan tadi.

4) Sambil sambil tunggu kulit ketayap sejuk, boleh gentel inti kelapa tadi biar berbentuk panjang senang sikit proses menggulung nanti.

5) Dah agak tak panas sangat, masukkan inti tadi dan gulung kemas kemas. Gulung macam popia, biar bahagian yang garing sikit diluar. Sebab bahagian garing tulah yang melambangkan kuih ketayap style. Tak macam durian crepe dan roti jala, durian crepe dan roti jala bahagian yang garing tu dibuat untuk dilipat ke dalam.

6) Kuih ketayap kena gulung time kulit dia masih panas supaya senang lekat.


SIAP!!!

.
Untuk acuan ni, dapatlah dalam 2 pinggan kuih ketayap

Memang puas hatilah makan kuih ketayap buat sendiri sebab lebih besar dan lebih banyak inti. Disebabkan besar, so kami potong supaya nampak lebih menarik





Thanks for reading. Inti kelapa tadi masih banyak berbaki dan boleh simpan untuk buat kuih lain pula.

3 comments:

norhidana miswan said...

cantik nya rupa kejadiannya,.... dhla kulit tu bau harum daun pandan inti nya pulak nampak gelap msti manis nih... msti sedap

- dieyana - said...

Nampak sedap, mak kite suka buat ni. kite, tukang ngap je..hahha..

SITI AWADAH said...

Salam... 1st time dtg sini done follow :)