Monday, February 5, 2018

Seni Bidadara Pizza Kuantan


Assalamualaikum

Semalam pergi Cenderawasih nak cuba makan pizza di Pizza Seni Bidadara Kuantan yang terletak di area Rajawali Art Gallery. Keunikan pizza ini adalah piza dibakar dalam arang, ketuhar tradisional dan anda boleh makan pizza yang sebesar talam iaitu pizza XXXL. Memang besar pizzanya sampai kami tak habis dan terpaksa bawak balik.




Nak ke Piza Seni Bidadara ini senang saja just waze Rajawali Art, dan kena mendaki sikit ke atas sebab pizza tu terletak di atas puncak sedikit dan dicelah pokok. Memang santai kawasannya, time kami pergi pon orang tak ramai.




Akhirnya sampai

Mula mula order dulu, bayar kemudian. Disebabkan piza ni dimasak dalam ketuhar arang, so agak takes time jugak nak menunggu dalam 35 minit juga menunggu. 


dekat atas meja tu ada saiz pizza iaitu pizza saiz L, XL dan XXXL

menu

ketuhar arang

piza saiz L daging

Kami pesan piza saiz L dan XXXL. Piza saiz XXXL sebesar talam makanan yang besar tu tapi disebabkan kami take away, so pizza tu terpaksa dikerat dan diletakkan dalam 2 bekas sebab tak ada bekas take away yang besar. Bagi aku not bad juga rasa piza nya, simple topping tak banyak sangat pon tapi sedap yang aku paling suka adalah rotinya yang lembut. Memang kenyang makan.


piza saiz XXXL daging + ayam

Terdapat juga gerai minuman disebelah tu, so boleh order air dan western food. Harga pon not bad. Pizza Seni Bidadara ini dibuka setiap hari kecuali Rabu bermula pukul 2 petang hingga 7 petang tapi Jumaat bermula pukul 3 petang sehingga 7 petang.


OK thanks for read. Pen Off :)

1 comment:

norhidana miswan said...

dia punya nama kedai bukan main... kira utk org mkn sambil rehat3 ngn tenang la ek mkn pizza ni ye kak.... tu yg buat kt atas bukit