Thursday, February 22, 2018

Tempat Makan Best di Kuantan


Assalamualaikum

Harini nak buat list tempat makan best, sedap dan hipster di Kuantan sepanjang tempat makan yang aku pernah cuba di Kuantan. Review ini berdasarkan apa yang aku rasa samada sedap ataupun biasa dan kebanyakannya aku hanya berkesempatan cuba sekali dua kali saja sebab tak sempat nak repeat makan lagi.


1) KULA CAKES

Rasanya Kula Cakes mesti semua orang dah biasa dengar dan pernah cuba kan. Kula Cakes ini famous dengan Mango Cheese Cake dan kedai ini hanya menghidangkan dessert saja. So bagi peminat kek sangat sesuai datang ke sini untuk merasai kenikmatan kek disini. Sekarang ni dah jarang pergi Kula Cakes sebab orang terlalu ramai sampai kena beratur ke luar pintu. Boleh baca review tentang makanan di sini dan di sini.






A96, Jalan Besar 25000, Kuantan
Selasa - Khamis : 1pm - 9pm
Jumaat - Sabtu : 1pm - 10pm
Ahad : 11am - 7pm
Isnin : Tutup
017 9711396


2) BREW AND BUTTER CAFE

Kakak kakak aku kalau keluar , memang nak jugak singgah mana mana kedai yang jual coffee sebab dorang memang suka coffee. Brew and Butter adalah cafe yang menyajikan aneka coffee yang urmphh disamping ada kek dan pastry. Coffee bagi aku sedap dan kek pon sedap. Boleh baca review tentang makanan di sini.



ice blended sedap

Swiss Garden Residence, 26100 Kuantan
Eveyday : 10am - 10.30pm
09 5441003


3) LOTENG TELUK CEMPEDAK

Siapa yang suka berjalan di tepi pantai sambil menghirup udara segar bolehla berkunjung di Loteng Teluk Cempedak untuk merasai kelainan makan di tepi pantai. Loteng menghidangkan makanan berat, kek, aiskrim dan iceblended. Loteng mempunyai 2 tingkat tempat makan dan boleh pilih untuk makan di tingkat mana sambil tengok ombak ombak pantai. Boleh baca review tentang makanan di sini.




sedap sangat kek dia. air oren tu pon memang refreshing

Teluk Cempedak, 25050 Kuantan
Open Daily : 12pm - 12am


4) 90 DEGREES CAFE AND ART

Ini salah satu kafe yang aku suka sebab coffee memang sedap. Selain coffee, ia turut menghidangkan western food dan dessert. Apa yang lainnya bagi cafe ini adalah di tingkat atas ada pameran lukisan untuk sesiapa yang minat seni. Boleh baca review tentang makanan di sini.




B-882 Jalan Air Putih, 25300 Kuantan
Isnin - Khamis : 10am - 11pm
Jumaat - Ahad : 10am -12am
Selasa : Tutup
09 5055905


5) KOKO CHOCOLATE CAFE

Koko Cafe hanya terletak bersebelahan saja dengan 90 Degree Cafe. Signature food Koko adalah dessert seperti macaron, donut, pastry dan variety of chocolate. Koko juga menghidangkan spagheti tapi hanya certain spagheti yang berbeza setiap hari. Disebabkan Koko hanya bersebalahan dengan 90 Degree Cafe, pelanggan juga boleh order makanan daripada 90 degree Cafe. Boleh baca review tentang makanan di sini.




B-880 Jalan Air Putih, 25300 Kuantan
Isnin - Ahad : 10am - 11.30pm
Selasa : Tutup
018 9123516


6) DOFI DONUT AND COFFEE

Dofi ni masih baru dibuka awal tahun ini dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi hiasan dan set up semua. Penggila donat memang patut datang sebab donat dekat sini semua sedap sangat dan topping melimpah limpah. Harga donat pon tak adalah mahal sangat dalam RM2 saja setiap satu. Boleh baca review tentang makanan di sini.




montel saja semua donut
Jalan Penjara, 25100 Kuantan
Open daily : 10am - 10pm


Banyak lagi tempat makan nak dikongsikan tapi kekangan masa pulak sebab ada cafe yang best aku pernah makan tapi bila Aku search balik rupanya ada yang dah tutup, nanti jika berkesempatan akan aku kongsikan tempat makan atau restoran sedap di Kuantan. Boleh baca entri di bawah selain tempat makan yang disebutkan.

Jika ada tempat makan yang reader anggap sedap, feel free to drop comments ye.

2 comments:

- dieyana - said...

thanks info. mmng teringin nak ke kula cakes tu! adoiii..sedap nmpk mango cake tuuuu..bila kenangkan beratur tu, lemah semngt rasanya..huuhu

acu yuhan said...

Welcme.. Mgkn blh try waktu bkn puncak.. Biasanya time dia bru bke kdai, org x rmi ag