Friday, March 9, 2018

Candi Borobudur, Phuntuk Setumbu dan Pule Payung


Assalamualaikum

Hari keempat di Yogyakarta kami pergi melawat Candi Borobudur, Setumbu Hill dan Pule Payung.


CANDI BOROBUDUR

Candi Borobudur ialah candi terbesar di dunia dan merupakan salah satu warisan budaya dunia oleh UNESCO. Tiket masuk candi Borobudur ialah Rp337k bersamaan USD25. Candi ini adalah candi Buddha dan memiliki 72 stupa (monumen berbentuk loceng) serta mempunyai 10 tingkat untuk naik ke atasnya. Bila kita tengok setiap seni bina kan, kita akan rasa kagum macammanalah orang dulu boleh buat candi ini dengan begitu rapi. Setiap anak tangganya memang tinggi dan kena langkah besar. Alhamdulillah tercapai juga wishlist nak pergi Borobudur sebab dari sebelum Jogjakarta famous lagi, aku teringin nak tengok Borobudur ini.




locenng inilah dipanggil stupa

Korang kalau pergi Jogjakarta wajib pergi Candi Borobudur sebab tempat ini adalah Landmark Jogjakarta. Borobudur sentiasa ramai dan penuh dengan pelawat dari dalam dan luar negara. Kebanyakan pelawat daripada local dan europe. Dipuncak Candi Borobudur tak dibenarkan untuk duduk tapi ditepi dan dibawah boleh duduk.


pintu masuk belakang

Borobudur ini memang cantik berlatar belakangkan gunung ganang




PHUNTUK SETUMBU

Lepas pergi Borobudur kami buntu nak pilih nak pergi mana antara Gereja Ayam dan Setumbu Hill. Sebab tempat masing masing dekat saja yang bezanya Gereja Ayam belah kanan manakala Setumbu Hill belah kiri. Kedua dua tempat ini famous dan merupakan lokasi AADC2, tiket masuk ke Gereja Ayam dan Stumbu Hill pon sama iaitu Rp30k. Yang membezakannya adalah nak pergi Gereja Ayam kena naik jeep yang of course harganya lain. So kami decided pergi Phuntuk Setumbu sebab Phuntuk Setumbu boleh mendaki sendiri dan tak ramai orang. 


penat wei nak ke puncak tu kena mendaki 300 m ke atas. berpeluh peluh tengah panas.

akhirnya sampai juga ke atas setelah lencun sapu tangan lap peluh..



Phuntuk Setumbu ini biasanya orang datang waktu pagi nak tengok sunrise sebab memang cantik tengok matahari naik dari atas bukit kan. Tapi kami cari pasal pergi timing salah kau. Sebenarnya kalau dari Setumbu Hill ni tetap kita boleh nampak Gereja Ayam dari Jauh sebab kedua duanya memang terletak atas bukit. Siap boleh nampak lagi ada orang tengah ambil gambar atas Gereja Ayam tu tau.




PULE PAYUNG

Selepas pergi Phuntuk Setumbu, kami terus ke Pule Payung. Pule Payung dengan Kalibiru National Park terletak di tempat yang dekat dekat saja. Konsep yang sama di Pule Payuung dan Kalibiru iaitu ambil gambar berlatarkan view yang sama yang membezakannya cuma spot bergambar tu berbeza.  Tiket masuk Pule Payung adalah Rp5k manakala Kalibiru adalah Rp10k. Pule Payung ni orang tak ramai sangat so tak adalah menunggu lama.


kena berjalan jauh jugak nak ke puncak Pule Payung

Pule Payung ni banyak spot bergambar yang comel, colourful dan rare seperti naik basikal, sofa dan flying fox contoh dalam gambar di bawah. Manakala Kalibiru pulak gambar lebih kepada hutan, alam semulajadi contoh ada pokok tengah tengah tu kan. Dua dua cantik ikut selera masing masing tapi kami just pergi Pule Payung saja. Kat Pule Payung ni juga mostly malaysian yang datang dan kebanyakan malaysian akan pilih nak bergambar di Sepeda Langit dan Flying Fox.


Boleh pilih spot bergambar mana yang nak dan setiap spot berbeza bayarannya.

So aku pilih nak bergambar di Sepeda Langit iaitu berbasikal, bukan senang nak merasa pengalaman kayuh basikal atas langit tau. Memang best dan korang patut cuba. Spot Sepeda Langit perlu bayar Rp25k percuma 3 foto pelbagai gaya yang diambil oleh photographernya. Gambar akan diberi soft copy transfer melalui handphone. Yang bestnya Sepeda Langit ini sebab ada orang yang akan suruh kita buat gaya macam macam iaitu bangun dan depakan tangan, so tak adalah kita freeze nak buat gaya apa kan.


cantik kan gambar dia, walaupun tengah panas tetap tak nampak macam panas

Yang kedua kami pilih nak bergambar ramai ramai iaitu di Spot Angkasa, tiketnya adalah Rp15k seorang. Yang ini boleh juga nak suruh photoghrapher tolong ambilkan iaitu 1 gambar Rp3k saja. Better korang suruh photographer tolong ambilkan gambar sebab gambar dorang cantik, tak nampak bayang bayang walupun tengah panas tau.


spot pertama

spot kedua
spot ketiga.. gambar daripada photoghrapher, beza tau dengan gambar kita ambil guna fon

ni ambil guna fon.

Bye Pule Payung!!!

Boleh baca siri Jogja di bawah :

DAY 1
DAY 2
DAY 3
DAY 5 Pt 1
DAY 5 Pt 2

Stay tuned untuk hari last kami iaitu di Hutan Pinus, Jurang Tembelan dan Seribu Batu Songgo Langit

2 comments:

Ann Ishak said...

cantiknya pemandangan dekat sana ek :D

Hans said...

seronoknya
harap ada rezeki sampai sini
amin