Monday, March 12, 2018

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan


Assalamualaikum

Sabtu lepas ada kenduri kahwin di Sabak Bernam, first time pergi area Sabak Bernam cantik juga pemandangan sawah padi di sekelilingnya. Selepas makan kenduri, dalam pukul 5 lebih kami singgah nak makan mentarang bakar di Sekinchan. Dah alang alang kat Sekinchan so kenalah pergi merasa mentarang kan. Kami pun makan di Faridah Mentarang Bakar.




banyak sangat jenis makanan laut selain mentarang

Dekat area situ memang famous sangat dengan mentarang, dimana mana tepi jalan mesti akan jumpa gerai jual mentarang tak kisahlah mentarang fresh ke, atau dah masak.




Mentarang Bakar = RM18
Mentarang Sup = RM20
Air Kelapa = RM3.50
Nasi Goreng Mentarang = RM6.50


mentarang bakar

mentarang sup

Sedap juga mentarangnya, bagi aku yang paling sedap mentarang bakar. Mentarang sup tak berasa nak rasa sangat. Nasi Goreng mentarang pulak pon tak berapa nak rasa tapi sedaplah sebab mentarang banyak dalam nasi. Aku paling suka air kelapa sebab isi banyak dan sangat refreshing. Servis disini memang cepat, tak lama menunggu pon.




Tip kalau nak makan seafood haruslah makan bersama air kelapa sebab nak hilangkan rasa hanyir di mulut. Betul kalau minum air kelapa lepas makan mentarang terus tak rasa fishy kat mulut. Sebab itulah air kelapa dijual.
Thanks for reading. Pen off :)

1 comment:

Farrah MF said...

Lama dah tak makan mentarang.
Terliur tengok :)