Monday, March 5, 2018

Gumuk Pasir Barchan, Pantai Parangtritis dan Bukit Paralayang


Assalamualaikum

Minggu lepas aku dan 2 orang kawan pergi berjalan di Yogyakarta Indonesia selama 6 hari 5 malam dari 25 Feb sampai 2 March. Tak plan sangat pon trip ini, semuanya member aku yang planned dan dia ajak kat whatsapp then aku pon terus nak ikut sebab dah lama tak pergi bercuti jauh jauh. Lagi satu sebab aku memang dah lama nak pergi Borobudur nak nak sekarang ini jogjakarta dah famous and makin ramai malaysian pergi. Dulu pernah pergi ibu kota Jakarta dan Bandung sekarang ni nak merasai pula pengalaman pergi kawasan desa Yogyakarta. Kami pergi semuanya sendiri, book tiket bulan januari haritu, itinerary, penginapan dan booking supir pon kawan yang buat. Supir boleh tengok kat FB Backpackers Buddies Malaysia, memang ramai orang cari kat situ. Supir kami guna Mas Agus, seorang yang baik dan peramah. 


Ahad pagi tu naik flight pukul 9 dan sampai ke airport Adisucipto Yogyakarta dalam pukul 11 pagi. Lepas tu supir pick up then terus pergi cari SIMPATI iaitu simkad untuk internet di sana. Ada banyak pakej data internet tapi kami ambil yang paling minimum untuk seminggu sebab dekat hotel pon dah ada wifi so kongsi 3 orang. Pakej SIMPATI Rp75k, 7GB pagi dan 13GB tengah malam. Lepas tu check in hotel solat semua. Dalam pukul 1 tengahari supir ambil terus mulalah aktiviti kami. Itinerary kami yang buat then bagi supir, tapi supir boleh ubah juga sikit nak tengok kalau jalan tu satu hala atau tak. Aktiviti hari pertama bermula dengan pergi ke Gumuk Pasir, Pantai Barchan, Pantai Parangtritis dan akhir sekali tengok matahari terbenam di Bukit Paralayang.


GUMUK PASIR



Tiket masuk Gumuk Pasir adalah Rp7k seorang. Gumuk Pasir ini bagi aku kawasan dia macam Klebang Melaka tapi yang bezanya Gumuk Pasir ada banyak aktiviti boleh buat selain bergambar. Aktiviti antaranya sand boarding, dan panjat bangunan dalam gambar atas kat belakang tu. Aktiviti semuanya berbayar tapi kami tak main pon kami just bergambar saja memandangkan waktu tu orang tak ramai lagi.


matahari memang atas kepala waktu ini.

buaian memang banyak memang tak payah nak berebut pon



Semua spot bergambar tak perlu bayar pon, bergambarlah puas puas.


suka tengok awan kat belakang tu cantik



Gumuk Pasir ini memang sangat dekat dengan Pantai Barchan sebab tu namanya Gumuk Pasir Barchan. Selepas Gumuk Pasir, kami terus berjalan dan pergi ke Pantai Barchan yang terletak bertentangan dengan Gumuk Pasir tadi.


PANTAI BARCHAN



Pantai Barchan tak payah bayar nak masuk, kat sini yang cantiknya sebab ada tanaman bunga matahari, memang cantik kalau pandai bergambar dan juga ada hammock. Ada juga atv disediakan bagi sesiapa yang nak naik ATV. Kalau dahaga boleh singgah gerai gerai yang menjual pelbagai jenis air.


hammock ada terus acah acah baring

PANTAI PARANGTRITIS



Pantai Parangtritis ini tak payah bayar tiket kecuali parking. Pantai kat sini bagi aku bukan sekadar pantai sebab banyak kemudahan lain yang disediakan contohnya ada juga kolam air panas. Pantai ini famous sebab merupakan lokasi pengambaran Ada Apa Dengan Cinta 2. Perlu diingatkan ada juga spot gambar disini yang harus dibayar so memang kena baca papan tanda. Tikar pon disediakan untuk disewa kalau kalau nak picnic. Better pergi waktu petang sebab boleh tengok sunset di pantai.


kuda pon ada

BUKIT PARALAYANG

kena mendaki sikit nak ke puncak Paralayang

Pantai Parangtritis dengan Bukit Paralayang dekat saja satu laluan. Bukit Paralayang kami pergi sebab nak tengok sunset. Tiket masuk Bukit Paralayang adalah Rp5k seorang. Oh ya kalau nak cuba akiviti paragliding pon boleh di Bukit Paralayang ni harga dalam Rp400k macam tu. Takut jugalah duduk atas bukit tu sebab kalau tersalah langkah boleh jatuh sendiri, angin sepoi sepoi saja di atas.


ramainya orang di belakang

matahari dah nak mula terbenam

Disebabkan orang dah terlalu ramai di pucak dan kami pon mulai untuk balik sebab penat menunggu. Di Bukit Paralayang ada juga gerai menjual makanan dan minuman ringan.


Tak cukup seat di atas, seat dibawah pon dah penuh

dan akhirnya matahari terbenam menandakan waktu untuk pulang

Selepas tengok sunset, supir terus bawa kami makan malam dan balik hotel sebab esoknya merupakan hari yang paling mencabar iaitu Jomblang Cave dan Timang Beach dan akan di update di entri seterusnya. Post berkaitan supir, hotel dan tempat makan akan diupdate dalam entri berlainan sebab bagi aku hotel best, supir ok dan makanan di Jogjakarta memang sedap pedas kaw kaw dan terbaik.

Boleh baca siri jojga di bawah:

Stay tuned OK. Thanks for reading :)

3 comments:

Hans said...

wah
seronok lah dah sampai yogyakarta

ejulz said...

cantik tempat ni..

Ann Ishak said...

last photo, debom cantik :D