Wednesday, March 7, 2018

Jomblang Cave dan Timang Beach


Assalamualaikum

Selepas berakhirnya hari pertama, esoknya hari kedua kami memang mencabar dan penat kerana kami kena terokai Gua Jomblang dan merentasi Timang Beach.


JOMBLANG CAVE

Jomblang cave ini ada satu sesi saja iaitu aktiviti bermula pukul 10 pagi dan berakhir tengahari. Memang satu hari juga habis ke Jomblang ini. Antara semua tiket masuk, tiket masuk Jomblang adalah paling mahal tapi berbaloi iaitu Rp450k include insurance, boots, helmet, harness and lunch boxes. Ini pertama kali aku berpengalaman terokai gua, selama ini just masuk lalu dan ambil gambar saja. Dekat Jomblang Cave ini susah nak jumpa malaysia sebab mostly yang datang Chinese Singapore dan caucasians, surprisingly kami saja yang pakai tudung. Kalau ada malaysian pon, adalah indian couple ini. Orang melayu biasanya tak suka aktiviti berpeluh peluh macam ni tapi best tau.

Sampai sampai bayar, ambil nombor dan tunggu sehingga pukul 10 pagi, tak ramai sangat pengunjung lebih kurang dalam 20 orang. Dinasihatkan kalau nak datang, wajib bawak baju extra sebab korang akan berpeluh gila dan comot gila masuk gua nanti. Serious talk!! Tapi kami confident sangat tak kotor punyalah sampai tak bawak baju extra pon, memang kotor sangat kami lepas tu dengan lecak kat baju seluar semua. 


kat sini pon ada chalet, shower room semua

Tip Masuk Gua

1) Datang awal sebab sesi hanya ada 1 sesi saja setiap hari iaitu 10 pagi
2) Bawak extra clothes
3) Pakai stokin dan bawak shower cap (untuk yang tak bertudung)
4) Better bawak headlamp (torch light pon ok)
5) Tak payah bawak beg (takut kotor dan membebankan)
6) Nak bawak helmet dan boot sendiri pon boleh


mula mula sesi pilih boot

Boot paling kecil saiz 6, itupon aku pakai tetap besar walaupun kasut biasa aku saiz 7 tapi oklah janji lekat. Kat situ memang disediakan air panas dan teh nescafe dulu, nak minum pon boleh sementara menunggu. Dah nak dekat pukul 10 pagi, kami berkumpul untuk pakai harness, safety equipment dan pilih helmet. Helmet memang berbau sangat biasalah berpeluh kan, so better korang pakai tudung buruk saja masuk gua sebab tudung korang akan busuk. Sesiapa yang free hair korang kena beli shower cap at least taklah busuk sangat rambut korang tu. Oh ya stokin kena pakai dalam boot tu, kalau tak bawak, ada dijual socks and shower cap.




Dekat sini handfon, kamera boleh bawak tapi risiko sendiri kalau terjatuh ke apa. Beg pon boleh bawak masuk gua tapi takut kotor sebab takut terkena lecak semua. Better bawak beg kecik saja atau suruh saja supir simpan dalam kereta. Kalau boleh biar saja tangan korang free daripada semua barang sebab korang akan struggle nanti nak jalan dalam lecak tu, sampai ada yang terduduk dalam lecak tau. Memang kerjasama sangat penting antara orang depan dan belakang semasa dalam gua tu.


kena turun macam ni yeee

Nak masuk gua kena turun bawah dulu. Macam mana nak turun bawah? kena turun macam dalam gambar di atas, memang mencabar wei nasib baik sekali turun 2 orang so tak adalah gerun sangat. Tinggi wei dalam 30m ke bawah, nanti nak balik semula pon lagilah mencabar sebab korang kena naik dengan cara yang sama juga. Ada pekerja pekerja dalam 15 orang yang akan tarik korang dari atas, semuanya manual. Sebab tu tiketnya mahal sebab memerlukan banyak tenaga dari orang ramai. Bila semua pelawat dah turun, bermulalah aktiviti menerokai gua.


lecak everywhere ok.

Dalam gua ni sejuk, air menitik, suhu lembap dan boleh dengar suara alam semulajadi tapi aku tetap berpeluh sebab kena mendaki juga sebenarnya. Ada batu bata dalam lecak tu untuk dipijak tapi masalahnya batu bata dah tenggelam so sebelum nak pijak, kita kena raba raba dulu batu bata dalam lecak tu, kalau rasa keras keras sikit then baru boleh pijak. Sebab tu orang belakang kena follow saja step orang depan kalau nak senang, dan orang depan janganlah laju sangat.


akhirnya sikit lagi nak sampai.. basah basah baju kami

dah sampai, tapi tengah tunggu giliran jap

Dah sampai dekat Heaven of the Light tu, kena tunggu kejap sebab tak boleh ramai ramai orang bergambar dipuncak tu sebab kawasan curam. Nanti ada staff jaga dia akan lepaskan sikit sikit orang dan akan diberi penerangan tentang kawasan tu. Dekat kawasan cahaya tu bolehla nak basuh tangan ke apa sebab air menitik dari atas.


batu belakang tu tak boleh pijak dan naik untuk menjaga warna keasliannya 

inilah yang ditunggu tunggu iaitu Heaven of the Light

Dalam 5 minit juga kami dibenarkan untuk melihat dan bergambar disekitarnya sebab ada lagi orang belakang menunggu giliran. Dalam gua ini tahap kesabaran adalah sangat penting sebab kita kena menunggu ahli kita supaya bergerak bersama sama, nak tunggu tu yang letih dan berpeluh sebab tak boleh nak duduk, memang kerjasama dan tolak ansur penting.

Lepas habis melihat cahaya tu, kami patah balik terpaksa meredah lagi lecak tu dan naik ke atas. Depan aku chinese man, dia sangat generous sanggup dia patah balik belakang sebab nak guide aku yang blur tak tahu nak pijak mana satu. 




TIMANG BEACH

Lepas berakhirnya pengembaraan dalam gua, kami terus bergerak menuju ke Timang Beach dengan baju dan seluar comot dengan lecaknya. Nak pergi Pantai Timang kena naik jeep, satu jeep harga Rp350k sebab jalan disitu memang teruk sangat, bergoncang goncang badan. Sampai sampai sana orang dekat sana boleh assume yang kami dari Jomblang Cave sebab pakaian comot. Ada 2 pilihan nak ke seberang sana samada jambatan gantung atau Gondola. Dah sampai sana semestinya nak naik gondola sebab lagi cepat dan mencabar. Gondola Rp200k termasuk insurances, Jambatan gantung Rp100k. So better naik gondola sebab dapat merasai pengalaman baru. Jangan terkejut kat Timang Beach, kau akan jumpa semua malaysian, so janganlah sombong sesama bangsa.

Maximum naik satu gondola tu boleh 3 orang, tapi takutlah 3 orang macam berat sangat saja. Nak naik seorang pon boleh tapi takut.


deras gila ombak

masa ni gondola berhenti di tengah tengah

Masa pergi kami request dekat abang tu nak berhenti sekejap di tengah sebab nak ambil gambar. Boleh saja request kat orang tu nak berhenti kejap. Perasaan masa naik gondola tu memang takut sebab gondola tu kayu dan ditarik oleh orang, tapi sebenarnya best dan angin kuat. Takut sikitlah masa gondola nak naik atas masa dah nak sampai sebab gondola bergoyang. Then lepas tu ok saja. Korang patut pandang bawah sebab laut cantik sangat warna biru kehijauan. 


2 tingkat tau timang beach ni. extreme tak extreme

ini kat bahagian bawah

Sampai saja kat seberang tu, akan ada orang orang di sana yang tolong ambil gambar kita, free saja sebab dia tahu mana tempat yang cantik bergambar.


ini kat bahagian atas

mas kat depan tu la yang tolong ambil gambar kami. tengoklah batu batu tu

Dekat atas batu ni, memang kena hati hati masa jalan sebab batu tajam tajam dan besar, memang boleh tersadung patah gigi kalau tersembam. Seriau jugak nak berjalan atas batu ini. Kat sana ada disediakan air mineral free, so boleh minum bagi siapa yang dahaga.


cantik sangat view sini

yeay nak pulang ke sana pulak.

masa nak balik ni, air dah makin naik

Ada kakak kakak tu dia naik dua dua sekali jambatan dan gondola. Best jugak sebenarnya nampak dorang atas jambatan.


dekat papan tu kena bayar nak bergambar so kami bergambar tepi sajalah. masa ni dah nak sunset.. 

Boleh baca siri Jogja dibawah ye :


Stay tuned untuk hari seterusnya pula di Gunung Merapi, Candi Plaosan dan Tebing Breksi. Thanks for reading

No comments: