Thursday, March 8, 2018

Merapi Jeep Tour, Candi Plaosan, Tebing Breksi dan Candi Ijo


Assalamualaikum

Selepas berakhirnya hari kedua, hari ketiga kami pergi Gunung Merapi, Candi Plaosan, Tebing Breksi dan Candi Ijo.


MERAPI JEEP TOUR

Pagi tu terus menuju ke Gunung Merapi untuk Merapi Jeep Tour Adventure. Nak tengok keindahan gunung merapi, korang kena sewa Jeep sebab jalan memang teruk sangat, jalan lagi teruk daripada naik jeep ke timang beach. Ada banyak pakej Merapi Tour tapi kami ambil paling minimum iaitu satu jeep Rp400k. Setiap pakej berbeza sebab mungkin pergi ke kawasan lain dan jeep lagi selesa. Sebelum naik ke atas, kita akan diberi sebotol mineral water kecil sebab kat atas memang dahaga.

Jalan memang extreme gila sebab memang batu bata saja sepanjang perjalanan, sampaikan tak boleh nak pegang fon, kena pegang handle jeep saja. Sampai sampai saja memang cantik sangat view Gunung Merapi. Kalau nak lagi cantik, boleh tengok sunrise disini tapi jenuhlah kena bangun awal pukul 4 pagi. 


First time tengok gunung merapi depan mata

Semua gambil memang diambil oleh pemandu jeep kami sebab dia memang tahu spot mana yang cantik bergambar. 


spot pertama

spot kedua sini pula

spot ketiga lagi extreme tayar atas batu terus


Batu Alien

Dah habis bergambar berlatar belakangkan Mount Merapi, mas tu pon terus bawak kami tengok Batu Alien.




Gunung Merapi ini masih aktif, last aktif pada tahun 2010, so agak cuak jugaklah masa kami pergi tu sebab dah lama kan gunung merapi tu tak meletup. Alhamdulillah tak ada apa apa berlaku masa kami pergi. Walaupun Gunung Merapi tu masih aktif, tapi tetap ada pelombongan dan penempatan penduduk penduduk disekitarnya, punca rezeki katakan.

Batu Alien ini pula wujud selepas gunung merapi meletus pada tahun 2010, so sejak itulah ianya jadi tarikan pelancong sebab batu nya ada gambaran muka manusia. Memang nampak ada iras kalau korang tengok gambar di bawah ini.


nampak tak ada gaya mata, hidung dan mulut..


Museum Mini Sisa Hartaku

Selepas itu, kami dibawak pula ke Muzium tinggalan selepas kejadian meletusnya gunung merapi pada 2010 yang lalu. Museum ini sebenarnya kawasan kampung, perumahan semua dan ada juga ternakan disekelilingnya. Memang meremang pula tengok muzium ini sebab banyak gambar gambar dipamerkan semasa sesi meneyelamatkan mangsa letusan gunung merapi. Kiranya muzium ini wujud selepas kejadian pada 5 November 2010 yang lalu sebagai peringatan.






Stonehenge

Stonehenge ini tidak termasuk dalam pakej kami, tapi nampak cantik pula ala ala stonehenge london tu. So kami pon minta pemandu berhenti tapi tiket kami bayar sendiri sebab tak masuk dalam pakej jeep. Tiket masuk stonehenge Rp10k. Tiket yang lain lain tu semua dibayar oleh pemandu sebab include dalam pakej Jeep Tour kecuali stonehenge ini.


serious cantik tempat ini

ok jom balik


sebelum balik tu, mas berhenti tengah tengah landmark ini dulu sebab nak bergambar.. haha mas mas


CANDI PLAOSAN

Selepas Merapi, kami pon terus bergerak ke Plaosan Temple. Korang memang patut masuk Candi Plaosan sebab tempat ini cantik sangat dan paling murah. Tiket masuk cuma Rp3k saja, candi plaosan merupakan candi kedua terbesar selepas Borobudur dan merupakan candi gabungan Borobudur(buddha) dan Prambanan(hindu). Korang boleh lihat ada juga seni bina loceng borobudur dan prambanan, kiranya ada 2 gabungan senibina hindu dan buddha di Plaosan ini. Reasons kami melawat Plaosan sebab kami tak pergi Prambanan, Prambanan tiket mahal lebih kurang Borobudur iaitu Rp337k. Borobudur bagi kami wajib pergi tapi kami pergi esoknya.








TEBING BREKSI

Ya Allah masa ni mememang berpeluh peluh sebab memang atas kepala matahari, tapi tetap tak mematahkan semangat kami untuk berjalan lagi di Tebing Breksi. Tebing Breksi ini baru terkenal sekitar tahun 2015, sejak dari itulah tempat ini dijadikan tempat pelancongan penduduk di sekitarnya. Tebing Breksi sangat famous pada waktu senja sebab ingin melihat matahari terbenam, boleh katakan semua tempat di Yogyakarta ini memang banyak port sunset dan sunrise. Tiket masuk Tebing Breksi adalah mengikut kenderaan, maksudnya satu kereta sekali masuk Rp10k so boleh divide berapa orang dalam kereta tu.


cantik ukiran dinding itu

ada 2 tingkat tebing breksi ini

kat bahagian atas ada tempat bergambar macam ini dan banyak lagi. kat sinilah ramai orang lepak tengok sunset


CANDI IJO

Ok tempat terakhir untuk hari ketiga adalah di Candi Ijo. Kami planned nak tengok sunset di Candi Ijo sebab Candi Ijo ini terletak di atas bukit so memang cantik kalau waktu senja. Tapi kami terawal datang pula tapi tak apalah. Tiket masuk Rp10k, tapi kami dapat harga local iaitu Rp5k. Reason kami pergi Candi Ijo sebab kami tak pergi Candi Ratu Boko sebab kedua duanya candi yang berada di atas bukit tapi Ratu Boko tiketnya lebih mahal lebih kurang prambanan.






view dari atas candi ijo

Boleh baca siri Jogja di bawah :

DAY 1
DAY 2
DAY 4
DAY 5 Pt 1
DAY 5 Pt 2


Thanks for reading. Pen off :) Next entri di Borobudur, Phuntuk Setumbu dan Pule Payung

1 comment:

Hans said...

cantik-cantik gambarnya