Tuesday, March 13, 2018

Seribu Satu Songgo Langit dan Hutan Pinus


Assalamualaikum

Selepas melawat Jurang Tembelan, kami terus bergerak ke Seribu Satu Songgo Langit, Hutan Pinus Sari dan Hutan Pinus Asri. Tapi sebelum tu kami makan tengahari dan solat dulu di sekitar Seribu Satu Songgo Langit disebabkan terdapat banyak warung dalam tu.  


SERIBU SATU SONGGO LANGIT

Bagi aku korang patut masuk Seribu Satu Songgo Langit sebab banyak aktiviti dan tempat menarik dalam tu. Tiket masuk pula murah iaitu Rp2.5k seorang. Antara tempat yang aku suka adalah Taman Tumpah, Rumah Hobbit dan Puncak Songgo Langit.


banyak tempat best dalam ni

luas sangat kawasan ini

Taman Tumpah

Rumah Hobbit


Puncak Songgo Langit

Mula  mula kami ingatnya tak jauh pun Puncak Songgo Langit ini. Rupanya kena mendaki ke atas, kemudian turun pula lebih kurang 500m ke sana. Memang mencabar dan penat sangat tapi best walupun banyak kali berhenti berehat.


kreatif tengok tangga kayu dan batu tu

tengah tengah mendaki tu, berhenti jap ambil gambar dulu...


sampai juga ke puncak

banyak port bergambar menarik

Walaupun berada di puncak, tetap ada warung warung di atasnya.


sebelum balik, kami buai puas puas dulu sebab nak keringkan peluh..


HUTAN PINUS MANGUNAN SARI

Sebenarnya kami tak nak pon masuk Hutan Pinus Sari sebab kami nak pergi Hutan Pinus Asri. Memandangkan supir cakap tempat ini lagi famous so kami pon masuklah. Memang ramai sangat pungunjung Hutan Pinus Mangunan Sari ini. Pokok pokok kat sini memang cantik dan kebanyakan pengunjung yang datang suka lepak dan habiskan masa di sini. Tiket masuk pon Rp2.5k seorang.




lurus saja pokoknya


hammock ada satu, tapi dah di conquer oleh young couple ni.




gambar view dari bawah pokok pinus


HUTAN PINUS ASRI

Hutan Pinus Sari dan Hutan Pinus Asri dekat saja tempatnya, yang membezakan adalah Hutan Pinus Asri lebih jauh ke dalam ke puncak. Tiket masuk sama iaitu Rp2.5k seorang. Disebabkan Hutan Pinus Asri jauh ke puncak, so pengunjung tak ramai sangat.




Jika dibandingkan antara Hutan Pinus Sari dan Hutan Pinus Asri adalah dari segi pokok dan port bergambar. 

Hutan Pinus Sari lebih cantik, tinggi pokok pokoknya berbanding Hutan Pinus Asri. Manakala Hutan Pinus Asri lebih banyak port bergambar menarik berbanding Hutan Pinus Sari

Salah satu sebab nak pergi Hutan Pinus Asri adalah Hutan Pinus Asri ada rumah spongebob. hahah.

Inilah salah satu sebab nak pergi Hutan Pinus Asri

teka ini rumah siapa??

Jalan 100m lagi korang akan jumpa port bergambar seperti di bawah:






Alhamdulillah akhirnya habis juga entri berkenaan trip kami di tempat tempat menarik dan best di Yogyakarta. Boleh baca siri Jogja di bawah:
Lepas ni nak update pula tempat makan best di Yogyakarta sebab memang sedap makanan sana.

No comments: