Sunday, March 4, 2018

Taman Permainan Hillpark Saujana Utama


Assalamualaikum

Minggu lepas pergi keluar dengan abang dan kak ipar sebab nak bawak anak buah jalan jalan di Taman Hillpark Saujana Utama memandangkan weekend. Sampai sampai saja terus tercengang sebab ramainya orang, taman permainan ni memang cantik, besar dan bersih. Permainan dan alatan bersenam juga banyak bukan saja untuk anak anak, mak pak pon boleh main sekali. 


awan dah mulai hitam

Waktu masa pergi ok, tak panas dan agak redup sikit tapi nasib baiklah tak hujan. Disebabkan orang memang ramai, disarankan kalau nak datang better bawak tikar dapatlah duduk hilangkan penat. Ada juga gerai gerai kecil menjual makanan ringan dan minuman di tepi tepi.


tower ini yang menjadi kesukaan semua orang sebab dapat memanjat,

Taman ini berkonsepkan Semut so memang boleh katakan reka bentuk nya macam sarang semut. Taman permainan pon orang dewasa boleh naik sekali sebab nak bawak budak kecil main sekali. Memang sesuai untuk seisi keluarga even aku pon naik sekali sebab nak teman anak buah gelongsor. Sebenarnya teringin nak panjat sampai ke puncak tapi ramai sangat orang.


selain bermain, kita boleh belajar mengenal semut juga

Ada juga dijual giant bubble untuk bermain. tempat duduk pon berbentuk telur semut

puas dia jinjit sebab nak bagi nampak muka ye.

bukit bukau dibelakangnya boleh didaki

Selain bermain taman permainan, kita boleh juga memanjat bukit bukit dibelakangnya atau nak berjoging sebab dah memang disediakan track joging sekitarnya. Cuma kat sini rasanya buai kena tambah kot sebab ramai sangat budak budak menunggu giliran untuk main buai sampaikan anak buah aku pon tengah main jongkang jongket tapi mata dan mulut tetap sebut buai. haha
Ok Thanks for reading. Have a nice weekend :)

4 comments:

Hans said...

wah
ramai orang
meriah nya

norhidana miswan said...

bgsnya konsep tmn permainan nih....
masih baru lg msh cantik terjaga, moga2 sentiasa terjaga utk kanak2 main kt situ...

mcm2 aktiviti, sesuai utk seisi keluarga

acu yuhan said...

Hrap2 mcm tu la kak kan

acu yuhan said...

Haah mmg meriah