Wednesday, March 14, 2018

Tempat Makan Best Di Jogjakarta


Assalamualaikum

Hari ini nak kongsikan tempat makan best dan sedap di Yogyakarta.

DAY 1 
DINNER : AYAM PENYET SURABAYA

Hari pertama memandangkan kami dah makan tengahari dalam flight, so lepas berjalan jalan di Gumuk Pasir, Pantai dan Bukit Paralayang sebelum balik hotel kami makan dulu di Ayam Penyet Surabaya. Kawan aku dua orang makan ayam penyet jadi aku makan Lele Penyet. Ya Allah aku rasa inilah restoran ayam penyet paling sedap pernah makan sebab ikan/ayam garing, sambal walaupun sikit tapi boleh terangkat punggung sebab pedas dan sedap nak nak nasi pula panas sedap makan memang hot spicy. 

Aku pula kalau pergi Indonesia memang suka minum teh tawar panas sebab teh tawarnya rasa macam teh jasmine, memang sedap nasi panas pedas dan air panas. Kombinasi yang terbaik kan. Mula mula pelik juga kenapa sikit sangat sambal, rupanya memang cukup sambal tu. Alhamdulillah kami habis makan, walaupun pedas tapi sedap. Restoran ini disenaraikan dalam tripadvisor, so memang patut cuba.


pelayan di situ pon memang sopan, berpakaian labuh, lelaki pula bersongkok. 

Harga pon berbaloi

Nasi Lele Penyet : Rp19k
Nasi Ayam Penyet : Rp15k
Es Lemon Tea : Rp4k
Teh Tawar Panas : Rp2k

Jalan Parangtritis, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa, 55143, Indonesia
Everyday : 8.30am - 10pm
+62 274 378282


DAY 2
BREAKFAST : KUIH MUIH

Hari kedua tu sebelum buat aktiviti lasak di Jomblang Cave, kami makan kuih muih dulu nak alas perut. Memandangkan kami dah makan roti dalam bilik, so supir suggestkan untuk beli kuih muih. Banyak gerai gerai tepi jalan tu suruh saja supir berhenti mana mana, pertama kali rasa kuih muih Indonesia memang banyak pilihan dan menarik sangat. Ada juga kuih biasa seperti karipap, ketayap semua tapi aku kalau pergi tempat lain memang akan cuba makanan lain.

Harga ada yang Rp1k satu kuih, ada juga yang Rp2k. Gerai ini aku beli 3 kuih dapatla Rp5k. Hari kedua kami just spent untuk makanan pagi saja sebab makanan tengahari tu include dalam pakej Jomblang Cave, malam pula supir belanja makan sate di rumahnya.




DAY 3 
BREAKFAST : KUIH MUIH

Sekali lagi bila sekali dah cuba kuih muih, memang esoknya tetap mencari kuih muih lagi. Kali ini murah sikit kuihnya beli 3 kuih dapat Rp4k.




LUNCH : SATRIA RESTO

Selepas kami melihat Gunung Merapi, kami makan tengahari di Restoran Satria Resto berdekatan dengan Plaosan Temple sebab lepas makan nak pergi tengok Candi Plaosan. Makan tengahari ni kami cuba nak makan ikan masam manis. Restoran sini oklah rasa dia dan pricey sikit, tapi konsep disini cantik sebab ada gazebo dan ada services charge. Restoran ini disenaraikan dalam tripadvisor, so memang patut cuba. View disini cantik sebab berlatar belakangkan sawah padi menghijau.




Ikan Masam Manis : Rp70k
Kangkung Seafood : Rp15k
Sup Sayur : Rp12k
Nasi Putih : Rp3k each 
Teh Tawar : Rp5k
Jus Tembikai : Rp15k
Es Lemon Tea : Rp12k

10% service charge : Rp14k

Tamanmartani, Kalasan, Sleman Regency, Special Region of Yogyakarta 55571, Indonesia
Everyday : 7am - 8pm
+62 274 9108360


DINNER : BAKSO BALUNGAN PAK GRANAT



Ini lagi satu tempat makan yang aku suggest korang patut pergi sebab murah, sedap dan staff sangat baik. Staff kat sini baik dan kesemuanya lelaki ganteng ganteng semua. Kitorang punya suka makan kat sini kan sampai kitorang repeat makan lagi di sini hari kelima. haha Yogyakarta memang popular dengan makanan Bakso dan Mee Ayam, so korang memang patut rasa dua makanan ni, memang sedap. Mee Ayam murah sangat dan portion banyak berbanding bakso yang portion sikit. Mee Ayam rasa macam makan mi kari yang tak berkuah tapi disini mee ayam makan bersama sup. Restoran ini disenaraikan dalam tripadvisor, so memang patut cuba.


hari ketiga makan ni

Mee Ayam : Rp9k
Bakso Sapi : Rp12.5k
Es Teh Tawar : Rp2.5k
Es Lemon Tea : Rp3k


hari kelima makan ni pulak

Mee Ayam + Bakso : Rp15k
Bakso Sapi : Rp12.5k
Es Jeruk : Rp3k
Teh Tawar : Rp2.5k


Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa, 55511 Yogyakarta Indonesia
Isnin - Khamis : 8.30am - 8pm
Jumaat - Ahad : 8.30am - 9pm
+62 813 9395 5451


DAY 4
LUNCH : RUMAH MAKAN BALE KAMBANG

Sekali lagi pagi tu makan kuih muih tapi tak sempat nak ambil gambar. Lepas makan kami terus bergerak ke Candi Borobudur dan selepas melawat candi Borobudur kami terus makan tengahari di area berdekatan situ di Rumah Makan Bale Kambang. Restoran ini disenaraikan dalam tripadvisor, so memang patut cuba.




Lunch kali ini kami pilih nak makan nasi goreng sebab rindu kat Malaysia haha. Sedap sangat nasi gorengnya dan nasi banyak. Aku suka sangat kalau pergi restoran yang memang letak nasi banyak sebab barulah puas hati makan kan. Nasi Goreng Oriental adalah nasi goreng bersama sayur banyak. 


Nasi goreng special atas, nasi goreng oriental bawah

Nasi Goreng Oriental : Rp16k
Nasi Goreng Special : Rp16k
Teh Tawar : Rp5k

Jl. Raya Borobudur KM.2,8, Pabelan, Mungkid, Magelang, Jawa Tengah 56512, Indonesia
Everyday : 8.30am - 5.30pm
+62 813-2874-4954


DINNER : AYAM GEPREK DBC

Hari keempat kami berakhir di Malioboro Street sebab nak shopping barang sikit. Memandangkan dah berada di Malioboro, supir suggested kami makan ayam geprek di Ayam Geprek DBC. Geprek tu maksudnya ayam di hancurkan. Maksudnya lepas orang tu goreng ayam, dia akan hancurkan dan penyetkan sebab tu nama dia Ayam Geprek. Restoran ini disenaraikan dalam tripadvisor, so memang patut cuba.




Lepas tu boleh pilih pula sama ada nak pedas atau tak, so semestinya aku pilih pedas. Kat sini ada level kepedasan tapi aku tak tahu dia bagi level berapa dekat kami. Rupanya pedas dia macam pedas sambal ayam penyet, memang pedas dan sedap sampaikan aku dan kawan aku terpaksa bungkus bawak balik sebab sambal dah terpercik masuk dalam mata, siap nangis nangis aku makan. Cuba bayangkan kita lapar nak makan tapi tak boleh nak makan sebab berair mata. Aku memang kuat makan pedas tapi bila kat Indonesia aku jadi seorang yang tak tahan pedas haha.


ayam geprek yang belah kiri bawah.

Teh Tawar : Rp4k
Es Lemon Tea : Rp5k
Nasi Lele Goreng : Rp18k
Nasi Goreng Ayam : Rp20k
Nasi Ayam Geprek : Rp16.5k

Jl. Beskalan no.1 (Samping Ramai Mall), Malioboro, Jogjakarta
Everyday : 8am - 9pm
+62 821-5546-8977


DAY 5
LUNCH : WARUNG MAKAN  

Hari kelima kami tak breakfast, cuma makan roti saja. Sebelum masuk Seribu Satu Songgo Langit, kami makan tengahari dulu di situ banyak jual kedai makan area Seribu satu Lagit. Warung makannya bagi aku murah juga walupun tempat pelancongan. Aku makan nasi pecel dan es jeruk. Nasi pecel adalah nasi dengan sayur. Sedap juga macam makan nasi pecal kat Malaysia.



Nasi Pecel : Rp8k
Es Jeruk : Rp3k
Indomie Rebus : Rp9k

Jalan Hutan Pinus Nganjir, Mangunan, Dlingo, Mangunan, Dlingo, Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta 55783, Indonesia

DAY 6 
BREAKFAST : WARUNG SOTO

Hari terakhir kami sebelum naik flight pagi, kami makan berat dulu di Warung tepi jalan. Tak ingat kat mana makan tapi boleh katakan banyak warung soto tepi jalan. Soto disini maksudnya nasi makan bersama sup. Memang sedap, kuah panas dan memang rasa air daging dalam sup tu. Kawan aku ordered soto asing aku pula soto campur. Soto asing maksudnya nasi tak dicampur dengan sup, nasi memang banyak kalau asing. Soto campur pula nasi dicampur sekali bersam sup. Nasi tak berapa banyak so aku ambil nasi kawan sikit.




Soto Campur : Rp10k
Soto Asing : Rp13k


BAKPIA

Kalau pergi Yogyakarta, korang mesti beli Bakpia sebab itulah oleh oleh khas Jogja. Pada hari last kami, kami dibawa ke Kilang Bakpia Pathok 25 untuk membeli Bakpia. Memang ramai sangat orang dan kita dapat tengok cara pekerja tu buat Bakpia. Mmeang fresh dari oven Bakpia yang dijual, masih panas. Disebabkan tak pernah rasa bakpia, so kami rasa dulu bakpia dan sememangnya sangat sedap makan panas panas. Bakpia original adalah Bakpia perisa kacang hijau memang sedap rasa macam makan kuih kasturi. Banyak sangat perisa bakpia korang boleh beli antaranya kacang merah, green tea, durian, keju, coklat dan banyak lagi. 


So aku beli semestinya bakpia kacang hijau, bakpia durian dan bakpia aneka campuran iaitu terdiri daripada perisa coklat, keju, dan nanas. Aku paling suka bakpia coklat sebab coklatnya light dan tak manis sangat pon. Kedua paling suka dalah bakpia cheese, bakpia nanas pula pon sedap rasa macam makan tart nenas. Bakpia durian memang rasa durianlah. Boleh katakan makan bakpia ni macam makan kuih raya. Bakpia tahan dalam masa seminggu, so lepas tu boleh bakar balik.





Bakpia Original : Rp35k
Bakpia Aneka : Rp40k
Bakpia Durian : Rp45k


PENGINAPAN

Dari segi penginapan pula, sepanjang enam hari lima malam di Yogyakarta kami bermalam di Hotel Imogen. Memang selesa, besar, ada iron, ada water cooler, pantri, ada nescafe, ada toaster, wifi laju dan bilik air besar sangat siap ada bathtub. Hotel ini kawan aku cari di Booking.com. Hotel kami bayar seorang Rm120, so kami 3 orang total lebih kurang Rm360 untuk 5 malam. Kami booking then bayar full masa check in bilik hari pertama, bayar dalam duit rupiah.


bilik ini punya besar, aku siap 2 malam pertama tidur bawah, malam berikutnya tidur atas.

naik naik tangga tu terus bilik kami.

PENGANGKUTAN 

supir kami iaitu Mas Agus di belakang sekali

Untuk pengangkutan pula, kami upah perkhidmatan Mas Agus selama 6 hari bermula pick up di airport sehinggalah drop off di airport. Kereta yang digunakan adalah kereta Avanza, memang selesa. 2 hari pertama kami bersama Mas Agus manakalah hari ketiga sehingga hari terakhir kami bersama Mas Rowi (pekerja Mas Agus juga)

Pengangkutan termasuk:

- Free mineral water
- Kereta
- Pemandu
- Parking
- Unlimited time
- Minyak
Thanks for reading. Pen Off :)

2 comments:

شركة تاج said...


شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة رش دفان بالدمام
شركة رش مبيدات بالدمام

شركة تاج said...


توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف