Saturday, March 3, 2018

Tempat Makan Best di Kuantan II


Assalamualaikum

Selain enam tempat makan yang aku post dalam entri ini, ada juga tempat makan best sedap dan hipster di Kuantan antaranya :


1) SUPER KITCHEN 

Masa aku makan dulu kami makan steamboat beramai ramai. Tapi steamboat disini bukan per kepala, tapi harga mengikut makanan apa yang kita ambil, so bolehla makan dengan berhati hati dan tak membazir. Aku paling suka suasana dan susun atur restoran ini sebab selesa dan cantik. Selain steamboat, ada juga masakan panas yang disediakan so kita boleh pilih nak makan steamboat atau makanan biasa. Steamboat memang sedap, kuah tomyam pon sedap. Boleh baca review makanan di sini




Taman Mahkota Putra, 25200, Kuantan, Pahang
Everyday : 4pm - 12am
09 5730862


2) EAST COAST BUFFET STEAMBOAT AND GRILL

Steamboat yang paling lama bertapak di Kuantan adalah East Coast Buffet Steamboat and Grill. Dulu masa aku makan cuma ada steamboat dan harga hanya Rm22. Tapi sekarang dah ada grill, so harga berubah kepada Rm28 seorang. Kalau nak makan sini better booking dulu, sebab cepat penuh lagi lagi bulan puasa dan disini bahan bahan cepat habis sikit tapi sedap semua. Boleh baca review makanan di sini




Lot B-1913 Jalan Beserah, 25300 Kuantan
Everyday : 4.30pm - 11.30pm
019 9246436


3) GHALIT DISTRO

Peminat western food memang patut cuba makan di Ghalit Distro sebab nagi aku portion disini besar dan harga murah. Makanan pon sedap cuma agak lama sikit tunggu tapi berbaloi lah. Restaurant ini konsep seperti rumah, so orang macam tak berapa nak perasan kewujudan tempat ini. Boleh baca review makanan di sini




Jalan Kubang Buaya, Taman Mayfair (green), 25250 Kuantan
Everyday : 11.30am - 12am
017 8127822


4) AKAR KOPI

Akar Kopi sangat sesuai bagi orang yang suka melepak lama lama sambil pekena kopi panas. Makanan yang dihidang hanyalah berasaskan roti dan minuman pula kopi susu dan kopi O. Memang sesuai dimakan petang dan lewat malam. Bagi aku kopi di Akar Kopi sedap sebab rasa kelainan kopinya. Boleh baca review makanan di sini




2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan
Everyday : 5pm - 3am
013 9531526


5) SENI BIDADARA PIZZA

Bagi korang yang ingin mencuba keenakan pizza yang dibakar menggunakan dapur arang bolehla singgah di Pizza Seni Bidadara. Pizza yang dijual disini mempunyai saiz yang besar iaitu bermula saiz L, XL dan XXXL. Memang kenyang dan rotinya lembut sebab dibakar menggunakan arang. Tapi topping nya hanyalah topping biasa biasa, tak perlu nak bandingkan dengan Pizza Hut dan Domino Pizza yang famous tu. Boleh baca review makanan di sini


Akhirnya sampai

39, Lorong Bukit Setongkol 13, Taman Cenderawasih Indah, 25200 Kuantan
Khamis - Selasa : 2pm - 7pm
Rabu : Tutup
011 19463001
Thanks for reading. Pen off :)

2 comments:

Hans said...

wow
nombor 3 dan 5 tu memang nampak menarik
kalau dekat sini memang dah gi serbu cuba dah
hehehe

acu yuhan said...

No 3 mmg patut try