Thursday, March 15, 2018

Tempat Menarik di Jogjakarta


Assalamualaikum

Post kali ini berkenaan tempat menarik dan best di Yogyakarta secara menyeluruh selama kami 6 hari di Yogyakarta.


1) GUMUK PASIR

Tiket masuk Rp7k seorang. Gumuk Pasir ini banyak sangat tempat menarik untuk bergambar dan tempatnya lebih kurang macam Klebang. Aktiviti yang boleh buat adalah sandboarding dan panjat menara Pandang di bawah.




2) PANTAI BARCHAN

Barchan beach ini bertentangan saja dengan Gumuk Pasir, so lepas Gumuk Pasir korang boleh jalan kaki sikit ke Pantai Barchan. Free je masuk. Dekat Pantai Barchan ni ada ladang sunflower, hammock dan buaian. ATV pon ada untuk disewa.




3) PANTAI PARANGTRITIS

Pantai Parangtritis ini pon free saja masuk. Banyak aktiviti boleh buat antaranya naik kuda, picnic dan lain lain. Ini merupakan tempat lokasi AADC2.




4) BUKIT PARALAYANG

Bukit Paralayang dekat saja dengan Pantai Parangtritis, cumanya ia di atas bukit. Nak tengok sunset boleh naik Bukit Paralayang, tiket masuk Rp5k seorang. Memang dapat tengok dengan jelas matahari terbenam dan dapat tengok view Pantai Parangtritis dari atas. Nak cuba paragliding pon boleh Rp450k seorang. Boleh baca secara detail di sini.




5) JOMBLANG CAVE

Siapa suka aktiviti lasak boleh try Jomblang Cave, memang tough mental dan fizikal seperti video di bawah. Lepas turun dari atas, kami kena menerokai gua di dalamnya pula. Tiket Rp450k seorang termasuk makan tengahari, safety equipment, boots, dan helmet. Korang akan kotor dan berlumpur selepas aktiviti ini so perlu bawak baju spare.




6) TIMANG BEACH

Pantai Timang merupakan lokasi penggambaran Running Man di mana Kwang Soo dan So Min kena naik Gondola sebagai punishment. Nak pergi sana kena naik Jeep iaitu satu jeep Rp350k. Nak makan lobster di sini pon boleh. Boleh baca secara detail di sini.

Gondola : Rp200k
Jambatan : Rp100k




7) MERAPI JEEP TOUR

Pergi Indonesia kalau tak tengok Gunung Merapi memang tak lengkaplah perjalanan anda sebab Indonesia terkenal dengan Gunung Merapi yang masih aktif. Kami ambil pakej jeep Rp400k include tiket masuk selama 60 minit dan akan dibawa ke sekitar Bunker Kaliadem, Batu Alien dan Museum Sisa Hartaku. Stonehenge tiket masuk Rp10k seorang.




8) CANDI PLAOSAN

Tiket masuk adalah Rp3k. Plaosan Temple merupakan candi hindu + buddha iaitu gabungan Borobudur(buddha) dan Prambanan(hindu). 




9) TEBING BREKSI

Tiket masuk ialah Rp10k bagi satu kereta, so boleh share berapa orang dalam satu kereta itu. Tebing Breksi pon cantik untuk melihat sunset.




10) CANDI IJO

Tiket masuk adalah Rp5k seorang dan candi ini terletak di atas bukit so sangat sesuai nak tengok matahari terbenam. Boleh baca secara detail di sini.




11) CANDI BOROBUDUR

Tiket masuk Rp337k seorang kalau beli di kaunter tapi kalau beli di luar candi borodudur mungkin akan dapat harga lagi murah. Candi Borobudur merupakan candi terbesar di dunia dan merupakan salah satu tapak warisan dunia oleh UNESCO. Memang patut tengok candi ini sebab seni binanya sangat mengagumkan.




12) PHUNTUK SETUMBU

Tiket masuk Rp30k seorang, merupakan lokasi AADC2. Perlu mendaki sejauh 300m ke atas untuk ke puncak dan sangat cantik datang apada waktu matahari terbit. Dari sini, boleh nampak juga Gereja Ayam dari jauh.




13) PULE PAYUNG

Tiket masuk Rp5k seorang dan mempunyai banyak sangat spot gambar menarik untuk dipilih. Setiap spot gambar adalah berbeza bayarannya contoh Sepeda Langit Rp25k, Spot Flying Fox Rp30k dan dibawah adalah Spot Angkasa Rp15k. Boleh baca secara detail di sini.


spot angkasa Rp15k


14) WATU GOYANG

Nak pergi Watu Goyang kena naik jeep, kami ambil jeep Rp350k include tiket masuk untuk dibawak ke tiga tempat iaitu Watu Goyang, Kebun Buah dan Bukit Panguk. Sebenarnya tak perlu pon pergi Watu Goyang sebab kena sewa jeep yang bagi aku mahal, so better korang pergi tempat yang tak payah naik jeep.




15) KEBUN BUAH

Kebun Buah cantik kalau pergi waktu sunrise and sunset.




16) BUKIT PANGUK

Bukit Panguk memang cantik dan banyak port bergambar yang menarik yang berbayar. Tak mahal pon kebanyakan spot gambar Rp3k seorang.


port gambar ini cantik


17) JURANG TEMBELAN

Tiket masuk ialah Rp2k seorang. Tempat ini banyak port gambar menarik yang tak berbayar pon. Boleh baca secara detail di sini.




18) SERIBU SATU SONGGO LANGIT

Tiket masuk cuma Rp2.5k seorang dan banyak benda boleh buat dalam tempat ini. Ada rumah hobbit, rumah seribu kayu dan boleh mendaki sejauh 500m ke atas untuk ke Puncak Songgo Langit.




19) HUTAN PINUS SARI

Tiket masuk Rp2.5k seorang dan hutan pinus yang sentiasa dipenuhi dengan pelancong. Pokok pokoknya memang tinggi dan lurus tetapi tak banyak platform untuk bergambar.




20) HUTAN PINUS ASRI

Tiket masuk Rp2.5k seorang dan hutan pinus ini terletak di atas bukit. Pokok pokoknya tidak secantik dan selurus Hutan Pinus Sari tetapi Hutan Pinus Asri ini memiliki bayak platform menarik untuk bergambar. Tempat ini agak privacy kerana tak berapa ramai pelancong yang datang. Boleh baca secara detail di sini.


rumah spongebob dan kawannya

Do check our short memorable video below :



Berikut aku senaraikan secara kasar budget aku, mungkin berbeza sikit dengan kawan kawan:

Flight pergi balik RM289.
Tiket seorang lebih kurang RM400.
Hotel seorang untuk 5 malam RM120.
Makan seorang untuk 6 hari lebih kurang RM40.
Pengangkutan seorang untuk 6 hari lebih kurang RM250.


Dalam seribu lebih juga dihabiskan, belum masuk souvenir lagi. Belum masuk lagi perbelanjaan nak pergi KLIA2 dan masa pulang nak balik kuantan pula. Erm tak apalah duit boleh di cari tapi pengalaman tu yang berharga dan priceless dengan kawan kawan. Boleh tengok tempat makan sedap di Jogjakarta di sini.
Thanks for reading. Pen Off :)