Monday, March 12, 2018

Watu Goyang, Kebun Buah, Bukit Panguk dan Jurang Tembelan


Assalamualaikum

Hari terakhir kami di Yogyakarta merupakan hari dimana kami pergi 7 tempat yang menarik. Disebabkan ketujuh tujuh tempat tersebut sangat cantik, so terpaksalah aku bahagikan kepada 2 bahagian untuk hari kelima kami sebab aku tak berapa suka terlaluuuu banyak gambar dalam satu entri. Nanti takut serabut dan tak fokus pula nak baca satu satu kan. Bahagian pertama kami pergi ke Watu Goyang, Kebun Buah, Bukit Panguk Kediwung dan Jurang Tembelan.


WATU GOYANG

Nak pergi Watu Goyang korang kena naik jeep sebab kawasan memang di puncak atas dan jalannya memang jalan kawasan kebun. Jeep pulak ada banyak pakej harga tapi kami ambil pakej jeep paling minimum iaitu Rp300k untuk dibawak ke tiga tempat iaitu Watu Goyang, Kebun Buah dan Bukit Panguk. Pakej jeep include tiket masuk sekali.


kawasan sini cantik sebab banyak bunga bunga macam ni

Tempat ini dinamakan Watu Goyang kerana Batu nya bergoyang. Boleh tengok gambar di bawah.

batu yang diatas itu adalah yang boleh goyang kalau kita goyangkan. Padahal besar batu tu

Kawasan di sini memang cantik, terdapat banyak sangat spot menarik untuk ambil gambar.

nak feeling naik heli pon boleh di sini



siap boleh lepak atas batu bata

nak pulang kena lalu titian ini


KEBUN BUAH MANGUNAN

Kebun Buah Mangunan sebenarnya boleh saja naik kereta pergi sana tapi kami dah alang alang naik jeep so naik jeep sajalah. Bagi aku kebun buah ini tak adalah cantik sangat, biasa saja maybe korang boleh pilih tempat lain lah berbanding tempat ini. Tempat ini cantik kalau sunset sebab kebun buah ini terletak di puncak.








besar gila akar pokok ni

port ini saja yang bagi aku paling cantik


BUKIT PANGUK KEDIWUNG

Bukit Panguk Kediwung pun boleh naik kereta saja dan Bukit Panguk bagi aku cantik sebab banyak spot bergambar yang menarik tapi spot gambar berbayar. Akan ada orang yang menjaga kawasan ini.






cantik unicorn ni. caj bergambar Rp3k.  worth it lah sebab view cantik

spot ni tak berbayar, so kami pun bergambar bertiga


JURANG TEMBELAN

Siapa peminat Filem Titanic boleh pergi Jurang Tembelan dan bergambar ala ala dalam Titanic. Jurang Tembelan tak include pakej jeep so tiket masuk adalah Rp2k seorang. Boleh bergambar puas puas sebab setiap spot bergambar tak payah bayar pon.








Boleh katakan semua tempat kami pergi di Yogyakarta ini adalah berlatarbelakangkan gunung ganang, sungai dan awan. Itulah yang membuatkan tempat ini menjadi tarikan pelancong kan.





Boleh baca siri Jogja di bawah :

DAY 1
DAY 2
DAY 3
DAY 4
DAY 5 Pt 2
Thanks for Reading. To be Continued.......

No comments: