Sunday, June 17, 2018

Aidilfitri Kami II


Assalamualaikum

Pertama sekali nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog Acuyuhan dan juga yang mengenali diri ini. Hari raya kami macam biasa kami akan beraya di kampung dan kemudian raya kedua kami akan bergerak pulang ke rumah pula. Tahun ni agak lain sikit berbanding tahun sebelumnya sebab kami ada baju raya SEDONDON... haha


Serious talk, pertama kali dalam hidup kami ada baju raya sedondon, sama warna dan corak semua. Kalau sebelum ini pernahlah sama warna saja tapi tahun ni kakak aku punya idea nak pakai seodondon memandangkan tahun ni adik beradik kami yang dah berkahwin beraya rumah mertua, so kami 4 beranak sajalah yang tinggal so sebab tu nak pakai baju sedondon semua.




Seperti biasa, juadah raya kami daripda dulu sehingga sekarang memang sama iaitu Nasi Arab atau Nasi Daging yang dimakan bersama air asam dan acar, dimakan beramai ramai dalam talam. Pagi itu dalam pukul 7 pagi kami hidang hidang untuk menjamu orang surau dan kemudian barulah kami makan.




Selepas itu, dalam pukul 9 pagi kami solat hari raya berjemaah di rumah dan khutbah di akhirnya. Kemudian bermulalah tetamu datang sikit demi sikit. Lepas saja kami bergambar semua, terus aku tukar baju yang selesa sebab nak masuk kolah basuh talam semua maklumlah kami hidang tetamu makan dalam talam, so memang kena basuh talam dekat kolah sebab tak muat sinki.


makan makan d rumah kakak

Memandangkan aku pon dah start kerja Rabu ini, so tak adalah beraya ke mana sangat kecuali rumah kakak aku sebab dia ada buat makan makan antara lauk yang dihidangkan adalah lontong, nasi impit, kuah kacang dan rendang. Memang sedap dan bertambah makan.


cantik tak baju raya kami............... lolol
Enjoy your hari raya and selamat bekerja semula :)

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

salam aidilfitri maaf zahir batin. have a blast eid =)

- dieyana - said...

salam aidilfitri, maaf zahir dan batin...